HEADLINES

Gaza ‘dibiar sendirian’ tangani krisis kemanusiaan, lebih banyak hospital kehabisan bahan api

Israel ketika ini tidak membenarkan bantuan bahan api dibawa masuk ke Gaza, sumber penting untuk menjana tenaga elektrik di hospital, ambulans, dan kenderaan bantuan

9:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata, Gaza “dibiar sendirian” untuk menangani krisis kemanusiaan yang belum pernah berlaku sebelum ini, apabila 16 daripada 35 hospital tidak beroperasi dan lebih banyak lagi pusat kesihatan bakal kehabisan bahan api.

Jurucakapnya, Nebal Farsakh menegaskan, terdapat keperluan mendesak untuk campur tangan antarabangsa dengan berkata, “komuniti antarabangsa harus membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan tanpa henti di Gaza, termasuk bahan api.”

Walaupun menghadapi kekurangan ubat-ubatan dan bahan api yang teruk, Hospital al-Quds, yang diuruskan oleh PRCS, terus beroperasi.

Bagaimanapun, hospital di bahagian utara Genting Gaza tidak menerima bantuan, manakala bahagian selatan pula bekalannya agak terhad.

Israel ketika ini tidak membenarkan bantuan bahan api dibawa masuk ke Gaza, sumber penting untuk menjana tenaga elektrik di hospital, ambulans, dan kenderaan bantuan.

Farsakh menegaskan, “bahan api amat penting untuk nyawa orang awam yang dirawat ketika ini. Kami tinggal beberapa jam saja lagi sebelum bekalan itu habis di semua hospital.”

Trak ini membawa bekalan penting seperti makanan, air, barangan bantuan, peralatan perubatan dan ubat-ubatan untuk rakyat Palestin. – Gambar Twitter PRCS, 8 November, 2023

Sementara itu, Pengarah Hospital Indonesia di Gaza, Dr Atef al-Kahlout memberitahu Al Jazeera bahawa Israel terus mengebom kawasan berhampiran hospital, yang terletak di bahagian utara wilayah Palestin.

Al-Kahlout juga berkata, bekalan elektrik di hospital itu akan terputus “dalam tempoh beberapa jam lagi” kerana kekurangan bahan api.

Hospital itu sudahpun mengalami gangguan bekalan elektrik bulan lalu akibat kekurangan bahan api.

Awal bulan ini, Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin, satu-satunya hospital di Gaza yang menawarkan rawatan kanser, tidak beroperasi kerana kekurangan bahan api.

Konflik di Gaza menyebabkan lebih 10,000 rakyat Palestin maut sejak 7 Oktober lalu.

Beberapa negara melabelkan pengeboman dan tindakan kekejaman Israel di Gaza sebagai “pembunuhan beramai-ramai.”

Selain itu, seorang Menteri Israel mencadangkan bahawa pilihan nuklear mungkin “satu cara” untuk menangani situasi tersebut. – Agensi

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Related