HEADLINES

Tiada gencatan senjata, bahan api ke Gaza selagi tebusan tidak dibebaskan: Netanyahu

Netanyahu turut memberi amaran kepada Hizbullah agar tidak melancarkan serangan terbaharu di sempadan Israel-Lubnan

10:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, bantuan bekalan bahan api tidak akan dihantar ke Gaza dan tiada gencatan senjata dengan Hamas, melainkan tebusan yang ditahan pejuang di wilayah bergolak itu dibebaskan.

Dalam satu kenyataan di televisyen menandakan sebulan perang Israel-Hamas, Netanyahu turut memberi amaran kepada Hizbullah yang disokong Iran bahawa “mereka akan melakukan kesilapan dalam hidup”, jika serangan terbaharu dilancarkan di sepanjang sempadan Israel-Lubnan.

Peperangan Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober lalu apabila pejuang kumpulan itu melancarkan serangan terbesar dalam tempoh beberapa tahun ke atas selatan Israel dari Semenanjung Gaza.

Menurut Israel, pejuang Hamas mengorbankan kira-kira 1,400 orang awan dan menahan lebih 240 tebusan dalam serangan terburuk ke atas negara itu sejak penubuhannya pada 1948.

Sebagai tindak balas, Israel melancarkan serangan ke atas Hamas di Palestin, wilayah diperintahnya, yang menempatkan kira-kira 2.4 juta penduduk.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, lebih 10,300 orang awam terbunuh dalam serangan Israel di Gaza.

Terdapat desakan antarabangsa yang semakin meningkat untuk gencatan senjata atau “jeda” dalam pertempuran ketika konflik memasuki bulan kedua.

Bagaimanapun, Netanyahu berkata “tidak akan ada kemasukan petrol… tiada gencatan senjata tanpa pembebasan tebusan kami”. — Agensi

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Related