HEADLINES

30 maut termasuk kanak-kanak, Israel bom kem pelarian Jabalia  

Puluhan orang awam turut cedera dalam serangan yang memusnahkan dua bangunan kediaman di kem pelarian itu

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Agensi berita Palestin, Wafa, hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 30 rakyat negara itu, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam pengeboman terbaharu yang dilancarkan Israel di Jabalia, utara Gaza.

Menurut laporan itu, puluhan orang awam turut cedera dalam serangan yang memusnahkan dua bangunan kediaman yang terletak di kem pelarian itu.

Wafa juga melaporkan bahawa pesawat Israel sebelum ini menyasarkan sebuah kereta awam di sebelah Hospital Al-Yemen Al-Saeed di Jabalia, menyebabkan 19 maut dan mencederakan beberapa yang lain.

Lima lagi mayat turut dibawa ke Hospital Indonesia dan dua ke Hospital Kamal Adwan selepas serangan bom di sebuah rumah di Jabalia.

Sekurang-kurangnya lapan yang lain turut dilaporkan terbunuh di al-Sabra, barat Gaza.

Kira-kira 10 termasuk seorang kanak-kanak maut dalam serangan berasingan di rumah keluarga Abu Taim di bandar Bani Suhaila, timur Khan Younis.

Pesawat Israel turut mengebom semula Masjid Al-Ikhlas di kawasan kejiranan al-Aqqad, di tengah-tengah Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.

Sebelum itu, Masjid Al-Mustafa di kawasan Sheikh Nasser Khan Yunis turut dibom, menjadikan jumlah masjid yang musnah hari ini kepada empat.

Sementara itu, ribuan rakyat Palestin berjalan berbatu-batu untuk melarikan diri dari pertempuran dan pengeboman Israel di utara Gaza yang didakwa menjadi sel pejuang Hamas.

Kumpulan itu berkata, mereka berjaya mmemusnahkan kereta kebal dan kenderaan tentera Israel.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sekali lagi menolak cadangan gencatan senjata tanpa pembebasan tawanan ketika pengeboman Israel berterusan di seluruh Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 10,569 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu. – 9 November, 2023

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related