HEADLINES

Penamatan subsidi, harga kawalan ayam rancakkan industri ternakan

Apabila produktiviti dan kualiti pengeluaran semakin meningkat, ia mampu menstabilkan harga ayam di pasaran

9:10 AM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Keputusan penamatan subsidi dan kawalan harga  ayam berkuat kuasa pada 1 November lepas, mampu mendatangkan pulangan positif kepada rakyat, antaranya berupaya merancakkan sektor ternakan ayam dengan peruntukan subsidi ditamatkan itu.

Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Sheikh Ahmad Faiz Sheikh Ahmad Tajuddin berkata, peruntukan subsidi tersebut boleh disalurkan kepada penternak ayam tempatan bagi membantu golongan itu meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran ternakan mereka.

“Apabila produktiviti dan kualiti pengeluaran ayam semakin meningkat, ia bukan sahaja mampu menstabilkan harga ayam di pasaran, malah boleh meningkatkan bekalan ayam negara dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada import,” katanya.

Beliau berkata, dana itu boleh dialihkan bagi menjalankan program penyelidikan dan pembangunan dalam industri penternakan ayam serta membantu penternak dalam proses pemantauan penyakit, menghasilkan pembiakan ayam lebih baik serta meningkatkan amalan pertanian berkesan.

Sementara itu, Pensyarah Program Sarjana Muda Perakaunan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Prof Madya Roshaiza Taha berkata, bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk memberi subsidi bersasar bagi mengelakkan ia dinikmati golongan kaya dan warga asing, kad identiti atau kad subsidi harus diperkenalkan.

“Seperti kad keahlian yang digunakan di sesetengah pasar raya bagi membezakan antara pemborong dan pembeli biasa, kad identiti atau kad subsidi harus diberikan kepada golongan memerlukan bagi memastikan bantuan atau subsidi kerajaan benar-benar sampai hanya kepada mereka,” katanya.

Selain itu, katanya penjimatan sebanyak RM100 juta sebulan hasil penamatan subsidi ayam boleh disalurkan kembali kepada rakyat dalam pelbagai kaedah seperti menaik taraf sekolah, jalan raya dan menambah bilangan hospital.

Sementara itu, seorang pemborong ayam Mohammad Shafiq Rosli, 30, dari Syarikat Sapik Poultry Trading berkata, langkah kerajaan menamatkan subsidi ayam mendatangkan manfaat kepada golongan penternak. 

Beliau berkata, hal ini kerana walaupun kerajaan sebelum ini menyalurkan subsidi jutaan ringgit kepada penternak untuk menstabilkan harga ayam di pasaran, harga makanan bahan protein itu sentiasa meningkat dan ia akhirnya tetap membebankan rakyat.

Justeru, Mohammad Syafiq mencadangkan kerajaan menggunakan wang subsidi tersebut untuk membiayai projek ternakan ayam di lokasi yang bersesuaian bagi mengatasi masalah harga ayam yang tinggi dan kekurangan bekalan.  

“Kerajaan melalui jabatan atau agensi pertanian berkaitan boleh cari jalan bagaimana nak lahirkan lebih ramai penternak.

“Dengan sokongan modal dan bimbingan yang betul, saya fikir ramai yang berminat. Di Terengganu ini pun masih banyak tanah kosong sesuai untuk aktiviti ternakan,” katanya. – 9 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related