Syed Saddiq didapati bersalah seleweng dana Armada

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul mendapati beliau bersalah atas kesemua empat tuduhan

10:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati bersalah atas tuduhan rasuah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid memberikan penghakimannya selepas mendapati tiada merit dalam pembelaan Syed Saddiq.

Beliau mendapati Syed Saddiq bersalah selepas menimbang keterangan 29 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan, termasuk Syed Saddiq sendiri, sepanjang perbicaraan.

Azhar kemudian berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Syed Saddiq dan tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Syed Saddiq dihadapkan ke mahkamah pada 2021 untuk menghadapi empat pertuduhan jenayah membabitkan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan penyelewengan dana.

Perbicaraan di peringkat pendakwaan bermula pada Jun tahun lalu, dengan pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali.

Hakim itu, pada Oktober tahun lepas, memerintahkan Syed Saddiq membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya selepas kes prima facie telah dibuktikan.

Hari ini, Syed Saddiq didapati bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) kerana bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana sayap parti itu berjumlah RM1 juta, melakukan kesalahan tersebut dengan menyalahgunakan dana terbabit mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dihukum maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Beliau juga didapati bersalah atas satu pertuduhan menyeleweng dana Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) berjumlah RM120,000, dengan menyebabkan Rafiq melupuskan dana itu, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tinggi juga mendapati beliau bersalah atas dua tuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram membabitkan dua transaksi RM50,000, setiap satu, dipercayai hasil daripada aktiviti haram.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,  Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama dan berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun dengan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda jumlah yang diperoleh daripada pengubahan wang haram.

Terdahulu, Syed Saddiq tiba di mahkamah Jalan Duta di sini pada jam 9.33 pagi untuk mengetahui nasibnya dalam empat pertuduhan dihadapinya, hari ini.

Berpakaian sut hitam, Ahli Parlimen berusia 30 tahun itu berjalan di kompleks mahkamah, ditemani Amira Aisya Abd Aziz yang juga Timbalan Presiden Muda.

Ibu bapanya, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff, tiba lebih awal pada jam 9:05 pagi.

Beberapa ahli Muda termasuk Abe Lim, Melanie Ting, H Vikneswary, dan Kalyana Rajasekaran Teagarajan turut berada di kompleks mahkamah untuk memberikan sokongan kepada presiden mereka.

Lebih 12 penyokongnya sudah berkumpul di kompleks mahkamah dengan ada di antara mereka tiba seawal jam 8:30 pagi. – 9 November, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Where is Sabah AG Nor Asiah on 40% grant revenue issue, ask state advocates

Former assemblyman says AG should be at the forefront in advocating for Sabah's rights

Related