HEADLINES

Dakwa 4 Ahli Parlimen Bersatu diugut, disogok: ‘Muhyiddin perlu cermin diri’

Pengerusi PN itu juga harus memikirkan siapakah yang menggunakan kaedah ugut dan sorok sebelum ini

9:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta ‘cermin diri’ berhubung dakwaannya bahawa empat Ahli Parlimen daripada parti itu yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diugut dan disogok.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga harus memikirkan siapakah yang menggunakan kaedah ugut dan sorok sebelum ini.

“Muhyiddin dakwa empat Ahli Parlimen Bersatu yang beri sokongan kepada PMX (Perdana Menteri Ke-10) sudah diugut dan disogok. Muhyiddin patut cermin diri sendiri. Siapa yang guna kaedah ugut dan sogok.

“Semua Ahli Parlimen Umno yang keluar parti (pada) 2018 dan masuk Bersatu 2019 jadi Menteri. Semua dapat jawatan. Tok Pa (Mustapa Mohamed), Dr Latiff (Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad), (Datuk Seri) Ikmal Hisham (Abdul Aziz), (Datuk) Mas Ermieyati (Samsudin), (Datuk Seri) Hamzah Zainudin, Dr Nor Azmi (Datuk Dr Noor Azmi Ghazali) dan (Datuk) Shabudin Yahaya,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Manakala, beliau berkata, pemimpin Umno seperti Najib (Datuk Seri Najib Razak), Ku Nan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor), Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), Tan Sri Shahrir (Abdul) Samad dan Azeez Rahim (Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim) pula diugut dengan puluhan tuduhan.

“Mereka tidak lari. Tanya Tok Pa dan Hamzah. Kenapa lari (lompat)? Takut didakwa.

“Peruntukan punya hal pun boleh lari. Ini semua kerana mereka tidak ada jati diri,” katanya.

Terdahulu, empat Ahli Parlimen pembangkang membuat pengumuman mengejutkan apabila menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri.

Awalnya, sokongan itu dinyatakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Pada 7 November pula, Ahli Parlimen Gua Musang, Datuk Mohd Azizi Abu Naim mengambil tindakan sama, sebelum Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik turut berbuat demikian.

Susulan tindakan itu, Iskandar Dzulkarnain dan Dr Suhaili, masing-masing digantung Bersatu empat serta enam tahun, manakala hukuman terhadap Azizi dan Zahari akan ditentukan Lembaga Disiplin Bersatu yang akan bersidang dalam masa terdekat. – 10 November, 2023

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related