◉ HEADLINES

Bajet Selangor: 200,000 lagi Rumah Selangorku akan dibina, mekanisme kediaman diumum masa terdekat

Dalam Tawaran Kita Selangor oleh gabungan Kerajaan Perpaduan, kerajaan negeri berjanji akan membina 200,000 kediaman Kita Selangor dalam tempoh lima tahun pentadbiran

6:40 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor merancang membina 200,000 rumah mampu milik lagi di bawah skim Kediaman Kita Selangor dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dasar perumahan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) yang dilaksanakan sejak 2014 direalisasikan bertujuan memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami.

“Dalam Tawaran Kita Selangor oleh gabungan Kerajaan Perpaduan, kerajaan negeri berjanji akan membina 200,000 kediaman Kita Selangor dalam tempoh lima tahun pentadbiran.

“Insya-Allah pengumuman lanjut mengenai jenis dan mekanisme kediaman tersebut sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat. Ia bukan sahaja meliputi fasiliti kediaman tetapi turut mempunyai fasiliti pembiayaan khas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pengumuman Bajet Selangor 2024 bertemakan Selangor Mandiri: Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Memperincikan lebih lanjut mengenai skim Rumah Selangorku, Amirudin berkata, kerajaan negeri meluluskan pembangunan sebanyak 245,371 unit rumah sejak sembilan tahun lalu.

Malah katanya, sehingga kini lebih 35,000 unit kediaman sudah berjaya diduduki golongan sasaran.

“Sehingga September tahun ini, kolaborasi pintar di antara pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan pemaju perumahan dalam kalangan anak syarikat kerajaan negeri serta pemaju swasta berhasil membangunkan sebanyak 57,185 Rumah Selangorku kepada golongan sasaran.

“Daripada jumlah tersebut, 35,606 unit sudah diserahkan kunci kepada pembeli yang layak ditawarkan, manakala sebanyak 21,579 unit lagi sedang dalam proses pembinaan di lapangan,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 188,186 unit lagi masih dalam proses perancangan di pelbagai peringkat memperoleh kelulusan pembangunan oleh jabatan dan agensi teknikal di peringkat kerajaan negeri dan tempatan. – 10 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

◉ Related