HEADLINES

Deepavali satu jalan membangun Malaysia yang madani: PM Anwar

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelaziman budaya di negara ini mesti terus dipertahan tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak

9:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia beragama Hindu yang meraikannya Ahad ini.

Anwar berkata perayaan Deepavali adalah satu daripada jalan dalam membangun Malaysia yang madani, hormat-menghormati selain memelihara kerukunan antara kaum.

Beliau berkata kejamakan (kelaziman) budaya di negara ini mesti terus dipertahan tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

“Sebarang percubaan untuk melemahkan tiang masyarakat ini mesti dipatahkan dengan sikap beserta nilai dan budi pekerti yang tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri juga berkata Kerajaan Perpaduan akan memastikan pembangunan sosioekonomi semua rakyat, pengagihan kekayaan yang lebih saksama dan bantuan kepada yang memerlukan disampaikan dengan lebih tuntas dan cekap.

Anwar berkata beliau akan berusaha memastikan kebajikan dan tahap hidup masyarakat, yakni masyarakat Hindu terutamanya, terus ditambah baik serta dilindungi dalam menjamin nikmat dan khazanah negara dirasai rakyat secara adil dan saksama.

Perdana Menteri turut menyertakan ungkapan dalam Thirukural yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu iaitu: “Kebahagiaan yang berpunca daripada etika atau tatakelola yang baik merupakan nikmat yang sebenar, dan kegembiraan berpunca daripada sikap yang tidak beretika adalah penderitaan atau tidak membawa kebahagiaan yang mampan”.

Anwar berkata Deepavali yang diraikan sebagai ‘pesta cahaya’ adalah simbolik kemenangan cahaya ke atas kegelapan, kebaikan atas kebobrokan serta kekuatan ilmu mengatasi kejahilan dan keangkuhan.

“Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu,” katanya. – 10 November, 2023

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related