Malaysia boleh menjadi negara model terbaik tangani Islamofobia

Justeru, umat Islam di negara ini perlu berusaha memerangi ideologi Islamofobia melalui beberapa strategi, termasuk menerusi pendidikan mengenainya, selain tidak boleh mencela agama lain

11:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia sebagai negara Islam boleh menjadi model terbaik dalam menangani Islamofobia menerusi tatacara dan urus tadbir yang bersifat adil serta inklusif.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi khutbah Jumaat bertajuk ‘Penantian Yang Dinanti’ hari ini menegaskan, nilai baik itu yang dimiliki negara termasuk mesej keamanan dan kedamaiannya, perlu sentiasa disebarluaskan untuk menyedarkan masyarakat dunia, mengenai kesejahteraan dibawa Islam.

“Ajaran Islam sangat mencintai kedamaian, bahkan tidak melarang umatnya berbuat baik kepada orang yang tidak memerangi Islam, memandangkan itulah tuntutan berlaku adil ditekankan agama ini.

“Hanya Allah SWT melarang umat Islam daripada mengambil orang yang memerangi Islam itu sebagai teman rapat,” katanya.

Menurut khutbah JAKIM hari ini, umat Islam perlu menunjukkan sikap dan nilai ajaran Islam sebenar dengan mereka sendiri terlebih dahulu mengamalkannya melalui pelbagai cara, termasuk percakapan, perbuatan serta penulisan – Gambar Scoop, 10 November, 2023

Justeru, ujarnya, umat Islam bertanggungjawab dalam usaha memerangi ideologi Islamofobia melalui beberapa strategi.

Katanya, antara strategi itu adalah melalui pendidikan mengenai Islam dan pengalaman masyarakat Islam yang boleh membantu menghilangkan mitos serta salah faham, selain menggalakkan pemahaman dan rasa hormat lebih besar.

Pada masa sama, khutbah itu memaklumkan, umat Islam tidak boleh mencela agama lain dengan mengejek sembahan mereka kerana ia termasuk dalam larangan Allah SWT.

Khutbah berkenaan berkata, umat Islam perlu memanfaatkan kreativiti dengan menunjukkan dan menyebarkan keindahan agama melalui pelbagai medium sedia ada.

Umat Islam, katanya, perlu menunjukkan sikap dan nilai ajaran Islam sebenar dengan mereka sendiri terlebih dahulu harus mengamalkannya melalui pelbagai cara, termasuk percakapan, perbuatan serta penulisan.

“Kesimpulannya, penting untuk kita ambil perhatian bahawa menangani Islamofobia memerlukan pendekatan jangka panjang melalui pelbagai aspek membabitkan individu, komuniti dan masyarakat yang lebih luas,” katanya.

Sementara itu, khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyatakan, dalam memastikan umat Islam mampu memupuk sikap dan nilai baik, mereka wajib memelihara kesucian Al-Quran kerana kitab berkenaan lengkap mengandungi perundangan kehidupan dan mukjizat sepanjang zaman.

Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyatakan, dalam memastikan umat Islam mampu memupuk sikap dan nilai baik, mereka wajib memelihara kesucian Al-Quran – Gambar hiasan Pexels, 10 November, 2023

“Umat Islam wajib memelihara kesucian Al-Quran. Kita hendaklah mempelajari Al-Quran, memahami dan mengamalkan isi kandungannya supaya umat Islam hidup bersatu padu serta menolak perpecahan.

“Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melakukan ketaatan kepadaNya dan menjauhkan diri daripada perbuatan keji serta maksiat,” kata teks khutbah bertajuk ‘Memelihara Kesucian Al-Quran Tanggungjawab Bersama’ itu.

Manakala, khutbah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memberi peringatan kepada jemaah mengenai persiapan menghadapi Hari Kiamat yang menjadi rahsia Allah SWT.

Tegasnya, kematian bukan penamat kehidupan sebaliknya ia permulaan menuju kehidupan kekal abadi, bermula dari alam kubur sehingga berlaku kiamat, disusuli hari kebangkitan, perhimpunan di Padang Mahsyar dan hari berlakunya perhitungan timbangan amal.

Bekalan perjalanan akhirat, katanya, bukan harta, wang ringgit, pangkat, jawatan, gelaran atau kemasyhuran, tetapi berbekalkan akidah yang benar – Azim Rahman/Scoop, 10 November, 2023

Bekalan perjalanan akhirat, katanya, bukan harta, wang ringgit, pangkat, jawatan, gelaran atau kemasyhuran, tetapi berbekalkan akidah yang benar.

“Ummah pada setiap masa, wajib insaf, mempersiapkan diri untuk menemui perjalanan ke akhirat yang mungkin berlaku bila-bila masa. Semoga ketika sampai saat kita dipanggil kembali ke Rahmatullah, kita tidak cemas dan gentar menghadap Ilahi disebabkan dosa daripada pelbagai sikap dan amalan buruk dilakukan semasa melalui kehidupan dunia.

“Insaflah kematian itu, semakin hari semakin hampir dengan kita,” katanya. – 10 November, 2023

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related