HEADLINES

Cuti Deepavali: Utamakan keselamatan elektrik, gas, ambil langkah ini elak insiden tidak diingini

Sentiasa mengamalkan tip keselamatan betul seperti dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga mampu memastikan nyawa dan harta benda terjamin

4:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersempena cuti Deepavali, Suruhanjaya Tenaga (ST) meminta orang ramai agar mengutamakan keselamatan elektrik dan gas, bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Menerusi kenyataannya, ST berkata, mereka boleh mengamalkan tip keselamatan dikeluarkan pihaknya, termasuk memastikan pendawaian elektrik di rumah sentiasa berada dalam keadaan selamat.

“Pastikan pendawaian elektrik di rumah selamat melalui tindakan menguji Peranti Arus Baki (PAB) (di kotak fius utama rumah) dengan menekan butang uji ‘T’ sekurang-kurangnya sekali sebulan. Jika PAB berfungsi dengan baik, ia akan terpelantik dan bekalan elektrik akan terputus serta-merta.

“Dapatkan perkhidmatan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan ST untuk menggantikan PAB sekiranya PAB tidak berfungsi,” katanya.

Pastikan pendawaian elektrik di rumah selamat melalui tindakan menguji Peranti Arus Baki (PAB) (di kotak fius utama rumah) dengan menekan butang uji ‘T’ sekurang-kurangnya sekali sebulan – Gambar hiasan Unsplash, 11 November, 2023

Kenyataan itu berkata, bagi memastikan pendawaian elektrik di rumah selamat, mereka juga perlu memastikan wayar kelengkapan elektrik tidak koyak atau terdedah sebelum digunakan.

“Guna kelengkapan elektrik dan lampu hiasan dengan label keselamatan ST-SIRIM, selain menanganinya dalam keadaan kering semasa mengguna kelengkapan elektrik.

“Suis dan kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah, mesti dimatikan sekiranya anda pulang ke kampung atau bercuti,” katanya.

Pada masa sama, mereka perlu mengelak daripada soket digunakan secara ‘terbeban’, iaitu menggunakan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban tinggi.

“Elak menggantung perhiasan perayaan pada tiang elektrik.

“Elak menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang dicas,” katanya.

ST berkata, bagi mengutamakan keselamatan gas pula, orang ramai perlu memastikan dapur gas memasak berada dalam keadaan selamat.

“Guna perkakas dapur gas yang mempunyai label keselamatan ST-SIRIM dan peka dengan kewujudan bau kebocoran gas di kawasan dapur memasak.

“Adakan bukaan pengudaraan secukupnya di kawasan dapur memasak dengan membuka tingkap atau pintu ketika memasak,” katanya.

Menurutnya, sekiranya mengesan bau gas, mereka perlu mengambil beberapa langkah, iaitu membuka tingkap atau pintu untuk menggalakkan pengudaraan di kawasan berkenaan.

“Jangan buka atau tutup suis di kawasan terbabit dan jangan membawa peralatan atau kelengkapan yang boleh mencetuskan penyalaan atau ‘spark’ berhampiran di kawasan dapur memasak.

“Cari kebocoran gas dengan menggunakan Alat Pengesan Kebocoran Gas atau buih sabun dan baiki segera,” katanya.

Selain itu, ST mengingatkan supaya tidak meninggalkan dapur gas memasak ketika digunakan tanpa pengawasan sepenuhnya.

“Dapatkan perkhidmatan kontraktor gas berdaftar dengan ST untuk sebarang kerja pembaikan gas berpaip di rumah.

“Pastikan injap silinder gas ditutup sekiranya anda pulang ke kampung atau bercuti,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang ST di www.st.gov.my atau hubungi talian 03-8870 8500. – 11 November, 2023

Topics

 

Hangat

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

Locals not good enough? Koo Kien Keat left frustrated after BAM snub

Former Malaysian doubles ace Koo Kien Keat expresses frustration after being overlooked by BAM for a head coach role, saying local expertise is often undervalued in favour of foreign coaches but he continues to mentor top pairs independently ahead of the Malaysian Open

Turning criticism into strength: TMJ on surviving smear campaigns and public scrutiny

Johor’s Crown Prince, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, shares his perspective on handling public criticism, smear campaigns, and the challenges of leadership, emphasising resilience, faith, and inner strength as keys to rising above negativity

Related