HEADLINES

Perhilitan ambil langkah pasang perangkap harimau, kamera

Pemasangan akan dilakukan di kawasan yang akan dikenal pasti menjadi tempat berkeliaran harimau tersebut

3:09 PM MYT

 

GUA MUSANG – Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengambil langkah proaktif dengan memasang perangkap harimau dan perangkap kamera, susulan kes serangan haiwan liar berkenaan di Meranto, di sini. 

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata pemasangan akan dilakukan di kawasan yang akan dikenal pasti menjadi tempat berkeliaran harimau tersebut.

Beliau berkata pada 8.30 malam semalam, pihaknya telah menerima makluman dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang berkaitan laporan seorang lelaki warga Myanmar yang merupakan pekerja ladang getah, maut diserang hidupan liar di Ladang Persendirian, Meranto, di sini.

“Kejadian disyaki berlaku pada jam lebih kurang 1.00 tengah hari pada hari yang sama.

“Siasatan di lokasi kejadian akan dijalankan pada 12 November (hari ini) oleh anggota Perhilitan, bagi mengenal pasti lokasi sebenar kejadian, untuk mengesahkan spesies yang menyerang mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Hafid berkata anggaran jarak antara bandar Gua Musang dengan ladang tersebut ialah kira-kira 50 kilometer (km) dan mengambil masa sehingga dua jam untuk tiba ke lokasi tersebut, bergantung kepada keadaan cuaca.

“Akses ke lokasi hanya dapat menggunakan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan ladang,” katanya.

Mohamad Hafid berkata Perhilitan Gua Musang tidak pernah menerima aduan konflik dari kebun getah persendirian di kawasan terbabit, selepas berlaku serangan yang melibatkan seorang lelaki warga Indonesia yang maut diserang harimau belang itu.

“Jarak lokasi kes ini daripada lokasi yang berlaku pada 10 November di Ladang Akar Prestige, Meranto, dianggarkan 10km.

“Perhilitan memohon kepada pekerja ladang dan persendirian supaya tidak bekerja keseorangan, sebaliknya bekerja secara berkumpulan dan tidak membuat sebarang provokasi kepada hidupan liar,” katanya. – 12 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related