◉ HEADLINES

Aduan buli disiasat ikut tempoh, 90 peratus kes selesai dalam 14 hari: Fadhlina

Menurutnya, bagi kes yang belum selesai ia memerlukan siasatan lanjut melebihi 15 hari

12:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan setiap aduan berkaitan buli yang dibuat di portal aduan kementerian itu akan disiasat mengikut tempoh ditetapkan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, setakat ini lebih 90 peratus kes buli diselesaikan dalam tempoh 14 hari selepas aduan diterima di portal aduan.

“Bagi kes yang belum selesai (ia) membabitkan kes yang memerlukan siasatan lanjut melebihi 15 hari.

“Pendekatan advokasi dan akses untuk ibu bapa atau penjaga membuat aduan kini lebih terbuka. Inilah jaminan yang sering kita berikan bahawa setiap aduan buli mesti disiasat mengikut tempoh

“Kita sentiasa memandang serius mengenai kebajikan dan keselamatan murid,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (Sg Petani-PH) yang ingin mengetahui apakah langkah diambil KPM untuk menangani kesan jangka panjang isu kesihatan mental bagi murid yang mengalami trauma atau kemurungan selepas dibuli.

Tambah Fadhlina, bagi kes yang berlaku di sekolah, mangsa dan pelaku akan dirujuk kepada guru bimbingan untuk sesi kaunseling.

“KPM mempunyai pasukan guru bimbingan dan kaunseling untuk menangani isu buli. Guru bimbingan akan memberikan intervensi bersesuaian untuk memastikan keselamatan murid terjaga. Ini sebagai bentuk pelindungan sementara murid di sekolah sewaktu siasatan dijalankan.

“Semua kes buli perlu dilaporkan kepada pengetua untuk tindakan selanjutnya. Intervensi pencegahan, memang kita laksanakan untuk memastikan pencegahan harus dilakukan di peringkat sekolah.

“Selain itu intervensi perkembangan, pemulihan dan juga krisis. Semua proses intervensi ini kita lakukan bukan saja untuk mangsa tetapi juga untuk menangani kes di peringkat awal lagi,” katanya. – 14 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related