◉ HEADLINES

SPRM buat laporan polis ke atas Ketua Bersatu Terengganu

SPRM memandang berat tuduhan palsu yang dilemparkan Datuk Razali Idris semasa ceramah di Kemaman, minggu lepas

4:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis ke atas Ketua Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris susulan beberapa tuduhan palsu dalam ceramah yang diadakan Kemaman pada 10 November.

Laporan berkenaan dibuat berdasarkan satu hantaran dalam aplikasi TikTok atas nama pemilik akaun@wancin11.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang berat fitnah dan tohmahan yang dilemparkan dalam ceramah yang diadakan ketika Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman itu.

“Beliau telah menyatakan bahawa jentera-jentera kerajaan, SPRM dan hakim-hakim dikawal oleh kerajaan semasa, serta mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berhubung sabitan empat pertuduhan ke atas bekas Menteri Belia dan Sukan.

“SPRM memandang berat fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem penguatkuasaan dan perundangan negara ini,’’ katanya.

SPRM menegaskan ia adalah sebuah badan penguat kuasa yang diperkasakan oleh undang-undang untuk melaksanakan fungsi dan peranan membanteras rasuah dengan bebas serta profesional tanpa dikawal oleh mana-mana pihak.

Justeru, SPRM berharap tindakan sewajarnya dapat diambil dengan segera. – 15 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related