HEADLINES

PM hulur sumbangan kepada 164 keluarga terjejas ribut di Parlimen Tambun

Bantuan yang disampaikan itu sebagai manzahirkan rasa simpati dan tanggungjawab Anwar sebagai Ahli Parlimen Tambun kepada penduduk di kawasan diwakilinya.

10:27 PM MYT

 

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan kepada 164 keluarga di Taman Klebang Jaya dan Taman Meru 2C yang kediaman mereka terjejas dalam kejadian ribut minggu lalu.

Sumbangan antara RM700 hingga RM1,400 itu disampaikan melalui Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin di Dewan Komuniti Taman Klebang Jaya dan Dewan Serbaguna Taman Meru hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu, Shamsul Iskandar berkata, sumbangan tersebut bagi membantu meringankan beban mereka untuk membaiki segala kerosakan akibat kejadian ribut.

“Bantuan yang disampaikan itu juga sebagai manzahirkan rasa simpati dan tanggungjawab Anwar sebagai Ahli Parlimen Tambun kepada penduduk di kawasan diwakilinya.

“Walaupun sentiasa sibuk dengan tugas, beliau selalu ambil berat dan mahu tahu apa berlaku di kawasannya. Apabila berlaku kejadian seumpama ini, beliau tidak menunggu lama untuk bertanya kepada kami apa bantuan dan tindakan yang telah diambil,” katanya.

Shamsul Iskandar bergambar bersama mangsa ribut – Gambar Bernama, 16 November, 2023

Shamsul berkata, Anwar juga telah mengarahkan semua agensi berkaitan bencana dan keselamatan serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri sentiasa bersiap sedia menghadapi ketidaktentuan cuaca seperti ribut dan banjir.

“Arahan telah dikeluarkan kepada agensi terlibat agar sentiasa bersedia kerana cuaca sekarang tidak menentu pada hujung tahun khususnya polis dan bomba, malah semua jawatankuasa pengurusan bencana negeri.

“Beliau (Anwar) turut menekankan keperluan keberkesanan agensi terlibat dalam menyalurkan bantuan terus kepada rakyat agar mana-mana keadaan bencana yang berlaku dapat ditangani segera,” katanya.

Pada 8 November lalu, hujan lebat diikuti angin kencang menerbangkan bumbung rumah 65 penduduk di Klebang Jaya, selain menyebabkan siling runtuh namun tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu.

Kejadian sama turut berlaku di Taman Meru 2C, Isnin lalu sekitar 4 petang apabila lebih 99 rumah penduduk di Persiaran Taman Meru 22, 24,26 dan 30 mengalami kerosakan di bahagian bumbung. – 16 November, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related