HEADLINES

M’sia – Vietnam tangani tangkapan ikan secara haram, bincang isu Laut China Selatan

Malaysia dan Vietnam bersetuju mematuhi sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan serta menggesa diwujudkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan

8:41 AM MYT

 

SAN FRANCISCO – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Vietnam Vo Van Thuong bersetuju meningkatkan kerjasama bagi menangani aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan Malaysia.

“(Malaysia) mendapatkan kerjasama dan komitmen yang berterusan dari Vietnam dalam usaha memerangi aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan Malaysia,” kata Anwar.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu Laut China Selatan dan bersetuju mematuhi sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan serta menggesa diwujudkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan.

Perdana Menteri memaklumkan perkara itu selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Vo di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di sini.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta Ahli Parlimen Sim Tze Tzin.

Beliau turut mengulangi jemputan kepada Presiden Vietnam untuk mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia pada 2024.

Anwar berkata mereka turut membincangkan kaedah untuk meningkatkan perdagangan dan kerjasama antara Malaysia dan Vietnam.

Hanoi adalah rakan dagangan ke-12 terbesar Malaysia di peringkat dunia serta yang keempat negara dalam blok ASEAN selepas Singapura, Indonesia dan Thailand.

Pada 2022, nilai dagangan dua hala terus meningkat sebanyak 16.4 peratus kepada US$19.44 bilion berbanding US$16.7 bilion pada 2021 dan dari segi pelaburan, Malaysia adalah pelabur ke-10 terbesar Vietnam selepas Singapura dan Thailand.

Vietnam juga meminta Malaysia memudahkan kemasukan produk halal dari negara itu dan menjalin kerjasama dalam pensijilan halal.  

Anwar berkata Hanoi turut mengucapkan terima kasih kepada negara kerana telah melatih para pegawainya di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

“Vietnam menyarankan agar diadakan kerjasama bandar berkembar antara negara itu dengan Malaysia,” katanya. 

Kedua-dua pemimpin mengesahkan kesatuan dalam ASEAN dan mengulangi sokongan terhadap Laos sebagai Pengerusi ASEAN pada 2024. – 17 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related