HEADLINES

Akta 847: 90 hari untuk permohonan semakan, lanjutan masa boleh dipohon pada mahkamah

Sebarang perlanjutan masa boleh dimohon kepada mahkamah, keputusan adalah tertakluk kepada budi bicara mahkamah, menurut Ramkarpal Singh

10:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tempoh 90 hari bagi permohonan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 [Akta 847] hanya untuk pemfailan permohonan semakan sahaja.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, sebarang pemfailan dokumen sokongan tambahan tidak akan dihadkan dalam tempoh masa 90 hari yang telah ditetapkan di bawah Akta 847.

“Sekiranya setelah pemfailan permohonan semakan dibuat dan peguam memerlukan lebih masa untuk memfailkan dokumen sokongan tambahan atau menyediakan kes, maka mereka boleh memohon perlanjutan masa.

“Sebarang perlanjutan masa boleh dimohon kepada mahkamah dan keputusan adalah tertakluk kepada budi bicara mahkamah, seperti mana amalan biasa dalam mana-mana kes di hadapan mahkamah,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dalam kenyataannya menggesa kerajaan menilai semula prosedur dan tempoh masa untuk memfailkan kertas kausa bagi memberikan masa yang mencukupi untuk peguam dan pemohon menyediakan kes mereka.

Ini kerana suruhanjaya berkenaan bimbang dengan peruntukan tempoh masa yang agak terhad untuk proses permohonan semakan yang dikhuatiri tidak mencukupi bagi pemohon dan peguam untuk memfailkan permohonan semakan komprehensif, termasuk pemfailan afidavit daripada ahli keluarga, mendapatkan dokumen-dokumen sabitan lampau yang mungkin tidak dapat diperolehi dengan segera serta penyediaan kes yang kukuh untuk semakan.

Mengulas lanjut, Ramkarpal berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah menyelaraskan pelaksanaan proses semakan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat bagi 1,020 kes (banduan-banduan yang berada di penjara Malaysia pada masa ini) di bawah Akta 847.

“Telah dipersetujui bahawa segala kertas kausa berserta laporan perubatan bagi kesemua 1,020 kes tersebut untuk memulakan proses semakan ini difailkan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum tamatnya tempoh 90 hari bagi pemfailan permohonan semakan di bawah Akta 847, iaitu pada 11 Disember 2023.

Mengulas lanjut, Ramkarpal berkata, kesemua 1,020 permohonan semakan di bawah Akta 847 telah selesai difailkan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Tambahnya, sehingga semalam, sebanyak 23 permohonan semakan di bawah Akta 847 telah didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan melibatkan 25 permohonan semakan hukuman mati dan lapan untuk semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat. – 17 November, 2023

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related