â—‰ HEADLINES

Israel dakwa jumpa terowong Hamas di Hospital Al-Shifa

Rejim Zionis mendedahkan video kononnya menunjukkan pintu masuk ke terowong di luar kawasan hospital tersebut

4:03 PM MYT

 

GAZA – Tentera Israel mendakwa menjumpai laluan ke terowong digunakan pejuang Hamas di Hospital Al-Shifa.

Rejim Zionis mendedahkan video yang kononnya menunjukkan pintu masuk ke terowong di luar kawasan hospital terbesar di Gaza itu.

Video yang belum disahkan ketulenannya itu menunjukkan terowong di bawah tanah dalam keadaan bersepah, dipenuhi runtuhan konkrit dan pasir.

Tentera Israel juga mendakwa menemui sebuah kenderaan di hospital yang mengandungi sejumlah besar senjata.

Bagaimanapun Hamas dalam satu kenyataan semalam menegaskan, dakwaan Pentagon dan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) bahawa kumpulan itu menggunakan Hospital Al-Shifa untuk tujuan ketenteraan adalah pengulangan naratif palsu.

Jurucakap Rumah Putih, John Kirby berkata, AS yakin dengan penilaian daripada agensi perisikannya mengenai aktiviti Hamas di hospital terbabit dan tidak akan berkongsi atau menghuraikannya.

Sementara itu, kedua-dua syarikat telekomunikasi di Gaza memaklumkan sumber tenaga yang membekalkan rangkaian itu sudah kehabisan, menyebabkan semua perkhidmatan di wilayah berkenaan terputus.

Israel tidak membenarkan bahan api memasuki Gaza kerana mendakwa Hamas boleh menggunakannya untuk tujuan ketenteraan.

Dengan komunikasi terputus dan ketiadaan bahan api, agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNRWA) berkata, adalah mustahil untuk menyelaraskan konvoi trak bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.

“Jika bahan api tidak masuk, orang akan mula mati kerana kekurangan bahan api. Setepatnya dari bila, saya tidak tahu. Tetapi lambat laun ia akan berlaku,” kata Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini.

Sehingga lewat malam Khamis, tiada maklumat lanjut daripada syarikat telekomunikasi, Paltel dan Jawwal mengenai perkara itu. – 17 November, 2023

Topics

 

â—‰ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

â—‰ Related