HEADLINES

BN Sabah bersedia jika PRN ke-17 diadakan lebih awal : Bung

Isu pembangunan, kebajikan dan kos sara hidup rakyat akan terus diperjuang, kata Bung

8:24 AM MYT

 

KOTA KINABALU Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah itu juga berkata pihaknya telah melakukan persediaan di setiap peringkat terutama yang melibatkan koordinasi dan kerjasama dengan parti komponen iaitu Umno, MIC, MCA serta Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

“Sekiranya terdapat sebarang kemungkinan dalam waktu terdekat, pada pertengahan atau akhir tahun ini PRN diadakan, jentera Umno dan BN sentiasa bersiap siaga. Isu pembangunan, kebajikan dan kos sara hidup rakyat akan terus diperjuang,” menurutnya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang tidak menolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan meskipun pentadbiran kerajaan negeri ketika ini tamat pada Oktober 2025 ketika menjawab soalan wartawan pada Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah Isnin lepas.

Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag, juga berkata BN Sabah akan menjalin kerjasama dengan parti yang menghormati perjanjian bersama.

“Kita juga akan melihat rakan-rakan yang ada kesetiaan dan keikhlasan dalam melaksana tanggungjawab sebagai gandingan untuk memperjuang untung nasib rakyat Sabah.

“Kita tidak mahu lagi krisis dalaman yang mengganggu usaha membangunkan Sabah,” katanya sambil menambah beliau tidak menolak kerjasama dengan Parti Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat pada PRN Sabah namun menyifatkan perkara itu masih terlalu awal untuk diperkatakan. – 19 November, 2023

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Related