Tak menyesal berhenti kerja, usahawan jual rempeyek jana RM6,000 sebulan hasil bimbingan PEDi

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Soeharto memberi peluang kepada usahawan terutama wanita untuk berdikari dan terlibat dalam dunia perniagaan

8:00 AM MYT

 

KUALA KUBU BHARU – Keputusan seorang wanita untuk berhenti kerja sebagai kerani bagi menceburi bidang perusahaan rempeyek ternyata tidak sia-sia apabila dia berjaya memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM6,000 hasil bimbingan Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

Menceritakan kisah hidupnya, wanita yang kini bergelar usahawan itu, Maziyahwati Abdul Manaf, 35, memulakan perniagaan Rempeyek Kak Maz pada 2014 di sekitar tempat tinggalnya di Felda Soeharto, dekat Hulu Selangor.

Namun ketika itu, pendapatannya hanya RM500 sebulan.

Maziyahwati Abdul Manaf, memulakan perniagaan rempeyek dengan pendapatan hanya RM500 sebulan, kini mampu meraih RM6,000 sebulan. – Abdul Razak Latif, Scoop, 19 November, 2023

“Selepas berhenti kerja, saya sertai kursus usahawan pada 2014, kemudian bermula 2015 saya mula mengusahakan perniagaan rempeyek, tapi ketika itu pendapatan tidak seberapa, pemasaran hanya dari ‘mulut ke mulut’ sahaja dan dijual sekitar kawasan felda ini.

“Memang pendapatan rendah sangat, tak boleh tampung perbelanjaan keluarga, kemudian rakan usahawan di sini mengajak saya menyertai PEDi dan dari situ ia membuka pandangan saya.

“Sebelum ini saya tak tahu guna teknologi maklumat, namun kakitangan di PEDi membimbing peserta menggunakan pelbagai program dan latihan untuk memasarkan produk menggunakan platform media sosial terutama Facebook, WhatsApp dan terkini TikTok.

“Alhamdulillah, anggaran pendapatan kini sekitar RM6,000 sebulan, paling banyak ketika sambutan perayaan, malah saya juga sudah ada enam pemborong tetap yang ambil produk secara terus dan dipasarkan ke negeri lain termasuk Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di PEDi Felda Soeharto baru-baru ini.

Nor Faizah Zabil kini boleh berbangga, bantuan yang diberikan PEDi membantu memajukan perniagaan Spa Kecantikan, Rawatan dan Produk Jamu yang dibukanya sejak 9 tahun lalu. – Abdul Razak/Scoop, 20 November, 2023

Seorang lagi ikon usahawan PEDi Felda Soeharto, Nor Faizah Zabil, 29, yang mengusahakan Spa Kecantikan, Rawatan dan Produk Jamu pula berkata dia pernah berputus asa ketika mula-mula menjalankan perniagaan sembilan tahun lalu.

“Sebelum dibimbing PEDi bermula 2018, saya hanya menjalankan perniagaan seorang diri, tiada rakan niaga dan buat semua benda sendiri, sayalah buat pemasaran, jalankan operasi, kerja dari pagi hingga ke malam.

“Saya pernah putus asa kerana ketika itu saya baru berusia 20 tahun maka orang kurang yakin dengan perniagaan kecantikan dan urutan saya. Mereka juga tidak percaya sebab lihat saya muda dan bertubuh kecil.

“Macam-macam soalan dibangkitkan. Boleh ke budak ini buat kerja seperti jaga ibu selepas bersalin. Memang susah ketika itu tapi saya bertahan dan teruskan sahaja.

“Bermula 2018, PEDi membantu saya dari segi kursus yang saya perlukan ketika itu, beri idea untuk struktur pasukan dan pembahagian tugas yang lebih jelas selain tempat untuk pasukan saya jalankan operasi,” katanya.

PEDi Felda Soeharto yang memberikan banyak manfaat kepada penduduk di Felda Soeharto. – Abdul Razak Latif, 20 November, 2023

Nor Faizah berkata, pendapatan bulanannya kini mencecah lebih RM200,000 atau peningkatan sehingga 500%.

Dia juga memaklumkan telah membuka cawangan terbaharu perniagaan spa kecantikannya di Presint 17, Putrajaya pada tahun lalu.

“Saya nak kembangkan lagi perniagaan dan naikkan jualan, sasar dalam tiga tahun ini untuk membuka 10 lagi cawangan,’’ katanya.

Pusat Internet yang memberikan manfaat kepada usahawan untuk mempelajari e-dagang dan pemasaran secara dalam talian. – Abdul Razak Latif, Scoop, 20 November, 2023

Nor Faizah turut menasihatkan usahawan baru yang tidak mempunyai modal besar supaya menggunakan platform yang tepat seperti PEDi untuk mendapatkan bimbingan dan kursus yang sesuai dengan mereka.

Siti Aisyah Mat Zin menyifatkan program yang disediakan di PEDi itu amat membantunya terutama dalam menguasai pasaran e-dagang dan memberi pemahaman tentang ekonomi digital. – Abdul Razak Latif/Scoop, 20 November, 2023

Seorang lagi usahawan berjaya hasil bimbingan PEDi ialah Siti Aisyah Mat Zin, 40, yang kini meraih pendapatan bulanan RM2,500 menerusi perniagaan jualan bunga dan hadiah berbanding hanya meraih sekitar RM100 ketika memulakan perniagaan tujuh tahun lalu.

Pemilik Mama Ecah Surprise Delivery Florist Gift itu memaklumkan, program yang disediakan di PEDi itu amat membantunya terutama dalam menguasai pasaran e-dagang dan memberi pemahaman tentang ekonomi digital.

Antara usahawan yang telah mendapat manfaat menerusi penubuhan PEDi Felda Soeharto. – Abdul Razak Latif,Scoop, 20 November, 2023

“Pada awal perniagaan, permulaan hambar sebab walau ada produk, tapi tidak tahu macam mana nak pasarkan produk dengan berkesan. Pendapatan sangat rendah, RM100 sebulan.

“Setelah menyertai latihan dan program keusahawanan, ia memberi kesan besar untuk saya yang memang tiada pengetahuan dengan ekonomi digital. Malah, program yang disediakan pun tidak mengenakan sebarang bayaran,” katanya.

Selain program keusahawanan, PEDi turut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain termasuk sesi pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar sekolah; perkhidmatan fotokopi, kurier dan pusat komuniti setempat. – 20 November, 2023

@scoopdotmy Usahawan wanita di Felda Soeharto menyifatkan bimbingan perniagaan yang diterima di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) membantu mereka membina keyakinan dan mengembang perniagaan. Jika dulu berdepan kekangan, kini masing-masing sudah mampu memperoleh pendapatan lumayan. #PEDi #FeldaSoeharto #usahawanmuda #beritaditikok #ekonomimalaysia #pusatekonomidigital ♬ original sound – Scoopdotmy

Topics

Hangat

Casino a practical source of charity funds, no threat to faith, Tawfik Ismail tells Johor MB

Son of Tun Dr Ismail Abdul Rahman cites work of Noah Foundation using profits from Genting

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Zus Coffee in hot water over ‘one-off activity’ with under-boycott Adidas

Coffee chain company issues apology and says it was not a collaboration, vowing to be more careful and asserting it 'unequivocally condemns any acts of violence against humanity'

Related