HEADLINES

Semua pihak berkuasa agama perlu halang ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem: Na’im Mokhtar

"Kita hendak pastikan ajaran itu tidak tersebar luas dan menyeleweng akidah masyarakat Islam di negara kita."

4:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua agensi di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diminta memantau dan menghentikan penyebaran ajaran sesat Mhd Mohib Khouli Nazem.

Menteri berkenaan Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pejabatnya juga sentiasa berkerjasama rapat dengan polis bagi membendung segala bentuk ajaran sesat yang bergerak secara ‘rahsia’.

“Kita hendak pastikan ajaran itu tidak tersebar luas dan menyeleweng akidah masyarakat Islam di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni asnaf pada program Ziarah Asnaf Siri 4 di sekitar Wangsa Maju di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kebimbangan masyarakat mengenai ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem yang telah difatwakan sebagai sesat oleh Pejabat Mufti Terengganu pada 16 November lalu.

Mohd. Na’im turut mengingatkan umat Islam di negara ini untuk merujuk kepada pakar dan mereka yang berpengetahuan serta mematuhi sebarang fatwa berkaitan supaya tidak terikut-ikut dengan ajaran yang mampu memesongkan akidah.

Sementara itu menyentuh usaha menyantuni asnaf, Mohd. Na’im berkata, masyarakat setempat juga perlu memainkan peranan bagi membantu agensi berkaitan mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan.

“Bila nampak mana-mana jiran atau penduduk yang memerlukan bantuan, ada kalangan asnaf yang sakit, kita harapkan kerjasama masyarakat. Inilah asas kepada pembentukan negara dan masyarakat Madani yang dihasratkan Perdana Menteri. Masyarakat yang sentiasa cakna melihat kesusahan orang lain dan cepat cari jalan macam mana nak bantu,” katanya.

Mohd. Nai’im diiringi Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan (MAIWP), Tan Sri Dr Mohd. Daud Bakar bersama Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP hari ini menziarah dan menyampaikan bantuan kepada tiga asnaf yang terlantar sakit. – 19 November, 2023

Topics

 

Hangat

[WATCH] Robust US trade links critical to sustaining Malaysian jobs: Tengku Zafrul

Malaysia risks losing thousands of jobs if it fails to come to a trade agreement with the the United States following the latter’s new tariff regime, said Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz while stressing that execution, credibility and real economic spillovers are key to sustaining investor confidence

Roslin Hashim embarks on three-year mission to boost Egyptian badminton ahead of 2028 Olympics

Former national player aims to boost Egypt’s badminton standards, with a focus on the 2028 Los Angeles Olympic Games

Marhamah’s appointment sparks debate, uncle Badrulamin hits back

He insists donation funds were audited, denies New Age links, urges fairness in judgment

Related