HEADLINES

‘Mr H’ akan dipanggil bantu siasatan video Agus-Wahab

Identiti ‘Mr H’ dikenal pasti berdasarkan maklumat diberikan Agus

4:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil dan merakam keterangan individu dikenali sebagai ‘Mr H’ susulan pendedahan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Mohammad Agus Yusoff.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, identiti ‘Mr H’ dikenal pasti berdasarkan maklumat yang diberikan Agus kepada pihak polis semalam.

“Selain itu, ada beberapa individu lagi yang akan dipanggil untuk beri keterangan dalam masa terdekat,” katanya seperti dilaporkan media.

Semalam, Agus tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi memberi keterangan kali kedua berhubung kes video perbualan mirip dirinya dengan seorang kakitangan J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Ketika keterangan tersebut diambil, Agus dilaporkan mendedahkan identiti individu digelar ‘Mr H’, yang dikaitkan dengan kes berkenaan kepada polis.

Malah beliau turut membuat laporan terhadap pemilik akaun TikTok ‘Raja Petra’ susulan penularan satu video TikTok, yang mendedahkan maklumat peribadinya.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, polis belum menerima sebarang laporan dibuat Wahab berkaitan ancaman keselamatan ke atas dirinya.

Justeru, beliau menggesa Wahab untuk segera tampil bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan sama, Razarudin berkata, polis turut menjalankan siasatan berhubung kebocoran salinan laporan yang dibuat Agus sebelum ini seperti didakwa peguamnya, Faizal Rahman semalam.

“Kita (polis) juga jalankan siasatan berhubung perkara itu,” katanya.

Pada sidang media Jumaat lalu, Wahab mendakwa kandungan audio dalam video tersebut adalah palsu dan direka kerana telah disunting menggunakan teknik voice over.

Wahab turut mengaku dia merakam video berkenaan tetapi perkara yang dibualkan bukan seperti yang tular di media sosial.

Dia mendakwa diarahkan pegawai tertinggi dalam J-Kom yang digelar sebagai ‘Mr H’ untuk merakam perbualan bersama Agus. – 21 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related