HEADLINES

Tanggungjawab pada 33 juta rakyat, bukan jaga 222 wakil rakyat: Sultan Ibrahim

‘Saya juga akan tinggalkan satu mata dan telinga di Johor untuk memantau apa yang berlaku di sini. Jangan terkejut jika saya tiba-tiba menjelma ke mana-mana daerah,’ titah Baginda

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang akan menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada Januari depan bertitah keutamaan baginda adalah terhadap 33 juta rakyat Malaysia, bukannya menjaga 222 wakil rakyat.

Malah, titah baginda, pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong bukan satu kenaikan pangkat tetapi tambahan tanggungjawab yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga sebagai Ketua Negara.

“Saya merasakan negara pada hari ini telah dijangkiti satu virus yang pernah saya sebutkan dahulu semasa di Pasir Gudang iaitu virus perpecahan.

“Virus ini berpunca daripada pemimpin politik yang sanggup berbalah, caci-mencaci, menabur fitnah dan memecah perpaduan rakyat demi mengejar kuasa kedudukan demi kepentingan diri,’’ titah baginda dalam ucapan di dalam Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Ke-65 di Dewan Singgahsana Istana Besar Johor Bahru, hari ini.

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengamanahkan kepada kerajaan negeri untuk memberi tunjuk ajar kepada Tunku Mahkota Johor. – Gambar Facebook, 22 November, 2023

Dalam titah ucapan itu, baginda memaklumkan sepanjang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda perlu melepaskan tampuk pemerintahan negeri kepada Tunku Mahkota Johor yang dilantik sebagai Pemangku Sultan.

usteru, baginda mengamanahkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberi tunjuk ajar kepada Tunku Mahkota Johor.

“Sama macam mana saya dibimbing sebagai Pemangku Sultan ketika Almarhum ayahanda saya menjadi Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1984.

“Pemangku Sultan akan memikul tanggungjawab untuk menjaga negeri dan rakyat Johor, serta menjalankan segala hak dan kuasa pemerintahan negeri kecuali sebagai Ketua Agama Islam.

“Walaupun saya bersemayam di Istana Negara, ini bukan bermakna saya berhijrah terus ke Kuala Lumpur. Saya akan selalu balik ke Johor kerana ini kampung saya. Harap orang Johor janganlah lupakan saya dan janganlah buat tak kenal saya selepas ini,” titah baginda.

Baginda turut mengingatkan pegawai-pegawai kerajaan supaya tidak mencampurkan urusan politik di dalam pentadbiran kerajaan malah setiap keputusan yang dibuat hendaklah bersandar kepada kepentingan rakyat bukan politik.

“Jalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan amanah. Anda semua sudah memahami cara saya dan jangan buang masa dan jangan banyak temberang.

“Saya juga akan tinggalkan satu mata dan telinga di Johor untuk memantau apa yang berlaku di sini. Jangan terkejut jika saya tiba-tiba menjelma ke mana-mana daerah,” titah baginda. – 22 November, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related