HEADLINES

Pantun Chris Martin cairkan hati 85,000 peminat Malaysia

“Pergi kedai membeli sayur, masak tomyam bersama bonda, Coldplay sekarang di Kuala Lumpur, payung lagu favourite anda."

12:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebaik sahaja kelibat anggota Coldplay muncul di pentas malam tadi, ia disambut sorakan dan jeritan peminat tegar mereka, sehingga ‘menggegarkan’ Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Lebih memukau dan ‘mencairkan’ hati peminat apabila vokalis kumpulan rock dari Britain itu, Chris Martin memulakan persembahan dengan menyampaikan pantun dalam bahasa Melayu.

Pantun empat kerat itu menggambarkan keberadaan kumpulan berkenaan di Malaysia untuk menghiburkan peminat menerusi lagu hit mereka.

“Pergi kedai membeli sayur,

“Masak tomyam bersama bonda,

“Coldplay sekarang di Kuala Lumpur,

“Payung lagu favourite anda,” kata Chris sambil disambut sorakan peminat.

Coldplay juga mendendangkan lagu khas Malaysia Rain kerana julung kali membuat persembahan di Malaysia.

Chris turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana membenarkan kumpulan itu membawa siri konsert Music of the Spheres ke Kuala Lumpur .

Di media sosial, netizen terhibur dengan pantun tersebut.

“Wahhh, bestlah,” kata seorang pengguna.

“Penuh, kalah bola wei,” tulis bumblebee88.

“So nice,” kata gateway106.

“Siapa ajar dia pantun ni ha,” ujar seorang lagi netizen.

Ini adalah kali pertama kumpulan itu mengadakan konsert di Malaysia dalam siri jelajah Coldplay: Music of The Spheres Tour yang bermula sejak Mac lalu.

Terdahulu, Coldplay yang dianggotai Chris, Johny Buckland, Guy Berryman serta Will Champion mencatat rekod sebagai antara kumpulan yang berjaya menjual tiket terbanyak dan terlaris di dunia.

Kumpulan itu dilaporkan tiba di Kuala Lumpur awal pagi kelmarin bagi menjayakan persembahan berkenaan yang turut menyaksikan Malaysia, sebagai negara terakhir konsert mereka tahun ini, sebelum ia diteruskan ke beberapa negara lain bermula Januari depan.

Susulan konsert itu, kawalan keselamatan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penganjur diperketatkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi kenyataan memaklumkan, konsert berkenaan turut menggunapakai suis pemati (kill switch).

Suis itu berfungsi untuk menghentikan konsert yang melanggar garis panduan ditetapkan. – 23 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related