‘Wahab sahaja tahu siapa Mr H…’: Shuhaily

Justeru, pihak polis sedang meyakinkan Wahab bahawa keselamatannya terjamin untuk tampil memberikan keterangan

11:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Identiti ‘Mr H’ akan terjawab sekiranya lelaki yang dikaitkan dalam video skandal bersama Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Mohammad Agus Yusoff, iaitu Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani atau Wahab tampil memberi maklumat dan mengesahkannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, sehingga kini, identiti Mr H masih kekal misteri kerana pihaknya, masih belum berjumpa Wahab kerana hanya dia yang mengetahui gerangan individu terbabit.

Katanya, Bukit Aman akan berhubung dengan Wahab menerusi peguamnya dan cuba menyakinkan dia bahawa tidak ada isu ancaman keselamatan terhadap dirinya.

“Bukit Aman akan berhubung dengan Wahab menerusi peguamnya dan cuba menyakinkan dia bahawa tidak ada isu keselamatan. Sekiranya timbul, dia kena beritahu Bukit Aman apa ancaman keselamatan itu.

“Bukit Aman sedia membantu dan menjamin keselamatan dia dalam konteks untuk menyelesaikan kes ini,” katanya.

Beliau berkata, atas faktor keselamatan juga, polis tidak dapat mendedahkan maklumat individu yang didakwa Mr H.

“Identiti beliau tidak dapat didedahkan kerana tidak mahu mengganggu siasatan dan timbul lebih banyak spekulasi yang menyukarkan lagi siasatan.

“Identiti Mr H itu kita ambil dari pengadu sendiri dan saya juga tidak boleh sahkan individu beri keterangan terbabit adalah Mr H kerana realitinya, Mr H masih misteri hanya Wahab dapat mengesahkannya,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, setakat ini Wahab masih belum membuat laporan polis atau hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Kes masih di peringkat siasatan dan setakat ini empat saksi sudah tampil memberi keterangan, iaitu pengadu (Mohammad Agus); aktivis politik, Chegubard; Mr H dan pekerja hotel di Bangi, iaitu individu yang dapat mengesahkan lokasi sidang media diadakan minggu lalu,” katanya.

Ditanya dakwaan Wahab bimbang dicari dua kumpulan individu di kediamannya, Shuhaily berkata, setakat ini tiada laporan polis dibuat, jadi tiada siasatan dilakukan pihak berkuasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan pakar berkait kesahihan video yang didakwa disunting itu.

Sebelum ini, tular video berdurasi tiga minit menerusi media sosial yang memaparkan perbualan lucah antara lelaki didakwa mirip Agus dengan Wahab.

Agus pada sidang medianya di sebuah hotel di Bangi mendakwa, video itu disunting dan laporan polis berhubung perkara berkenaan sudah dibuat.

Wahab pada sidang media sama mendakwa kandungan audio video terbabit palsu dan direka kerana ia disunting menggunakan teknik ‘voice over’.

Pada masa sama, penolong pegawai di J-Kom itu mengaku dia merakam video berkenaan, tetapi perkara dibualkan bukan seperti tular di media sosial.

Dia mendakwa diarahkan pegawai kanan dalam J-Kom yang digelar sebagai ‘Mr H’ untuk merakam perbualan bersama Agus. – 24 November, 2023

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related