◉ HEADLINES

Empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal kini dalam jagaan baik: Nancy

Pihak kementerian bagaimanapun masih perlu mendapatkan perintah daripada mahkamah untuk membawa kesemua kanak-kanak itu ke institusi di bawah kementerian

11:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat beradik termasuk seorang bayi berusia 10 bulan yang dipercayai ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Iskandar, Perak semalam telah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata mereka dibawa ke hospital oleh pegawai kementeriannya.

“Setelah dibawa ke hospital, pihak kementerian masih perlu mendapatkan perintah daripada mahkamah untuk membawa kesemua kanak-kanak itu ke institusi di bawah kementerian. Mereka kini dalam jagaan baik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita di sini hari ini.

Beliau turut berterima kasih kepada orang ramai yang berkongsikan maklumat sekali gus membolehkan kementeriannya bertindak segera terhadap kes berkenaan.

Terdahulu, Bernama melaporkan empat beradik yang terdiri daripada dua lelaki berusia 11 dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan serta kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun ditemukan ditinggalkan di kompleks berkenaan.

 Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata maklumat berhubung kejadian itu diterima melalui Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah sekitar 5.39 petang.

Sementara itu, mengulas mengenai Tribunal Anti Gangguan Seksual, beliau berkata presiden, timbalan presiden serta 10 anggota tribunal berkenaan akan dilantik dalam masa terdekat.

Menurut Nancy tribunal itu akan beroperasi sebelum Januari 2024.

Dalam ucaptama pada majlis pelancaran berkenaan, Nancy berkata menangani keganasan terhadap wanita merupakan tanggungjawab bersama dan semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan tempat kerja adalah persekitaran yang selamat dengan tiada toleransi terhadap sebarang gangguan atau keganasan.

 Beliau berkata kementeriannya dalam peringkat akhir mengemas kini Garis Panduan Pengendalian Kes Keganasan Rumah Tangga yang menjadi rujukan dan panduan kepada agensi berkaitan bagi menyelaras dan mengendalikan kes berkenaan dengan berkesan. – 24 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related