Muhyiddin buat ‘pusingan u’, beri alasan isteri restu bertanding lagi

3:15 PM MYT

 

SHAH ALAM – Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat ‘pusingan u’ apabila menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan Bersatu akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat restu daripada isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat restu daripada isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (duduk dua kiri). – Gambar Muharram Kasim/Scoop, 25 November, 2023

“Isteri saya hadir sejak semalam, dia text (mesej) kepada saya kata untuk stay another term (kekal satu penggal lagi), jangan kecewakan mereka (ahli), dia kata mereka memerlukan saya dan ikhlas.

“Saya jawab ya saya tahu dan bertanyakan lebih lanjut so (jadi)? Kemudian dia jawab carry on (teruskan) saya restu, Bersatu masih need (memerlukan) you (anda), masih belum kuat.

“Saya kata okay, i will stay for the last term (saya akan kekal untuk tempoh satu penggal lagi),” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2023 di sini, hari ini.

Tambah Muhyiddin, kuasa paling besar dalam mempengaruhi beliau membuat keputusan bukan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu tapi isterinya.

Pengumuman Muhyiddin untuk membuat pusingan ‘U’ disambut sorakan pemimpin tertinggi Bersatu dan perwakilan yang hadir. – Gambar Muharram Kasim/Scoop, 25 November, 2023

Selepas mengumumkan untuk kekal bertanding presiden pada pemilihan tahun depan, beliau menyeru supaya ahli berbaiah serta kekal setia kepada parti.

Pengumuman Muhyiddin itu kemudian disambut dengan sorakan pemimpin tertinggi Bersatu dan perwakilan yang hadir.

Terdahulu Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 hari ini sebulat suara menolak keputusan Muhyiddin semalam yang memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan parti itu tahun depan.

Bantahan itu dikemukakan menerusi 20 pembahas yang mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Tindakan itu disusuli keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam yang turut menolak hasrat Muhyiddin tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti tahun depan.

Dalam ucapannya sebelum keputusan ‘pusingan u’ itu, Muhyiddin memaklumkan beliau mahu menjadi penasihat parti atau Pengerusi Majlis Penasihat Bersatu tetapi ditolak perwakilan.

Sekumpulan penyokong yang membantah keputusan awal Muhyiddin untuk tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan tahun depan. – Gambar Muharram Kasim/Scoop, 25 November, 2023

Sementara itu, pada sidang medianya, Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan keputusan yang baharu diumumnya itu bukan satu gimik.

“Saya bukan main-main, kamu cuba tanya kawan-kawan lain kalau duduk di atas dan dengar. Ini bukan gimik. Semua ditulis dalam ucapan dasar saya,” katanya.

Malah beliau menegaskan, perlembagaan parti juga tidak menghalang atau menyekat sesiapa sahaja yang mahu bertanding pada pemilihan parti yang akan datang. – 25 November, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Dilabel tidak cakna tentang All Eyes on Rafah di sesi live IG, ini jawapan Ning Baizura

Penyanyi Ning Baizura menjelaskan bahawa dia bukanlah tidak sensitif mengenai isu Palestin atau tidak cakna tentang All Eyes on Rafah sewaktu melakukan video live di Instagram (IG) miliknya pada Selasa lalu.

Related