‘Dia dah buntu sebab tak tahu apa benda nak serang’, Adam Adli tempelak Muhyiddin

Adam juga menegaskan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar sudah melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk menangani isu membabitkan rakyat, termasuk membentangkan Bajet 2024 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Parlimen, serta Kerangka Ekonomi Madani

4:30 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim menempelak Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim buntu dalam memulihkan ekonomi negara.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, mendakwa keputusan awal Muhyiddin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan parti akan datang menunjukkan “kebuntuan” bekas Perdana Menteri itu dalam menangani masalah dihadapi orang ramai.

“Saya rasa dia (Muhyiddin) yang ‘buntu’ sebab itu dia tidak nak pertahankan jawatan Presiden (Bersatu).

“Dia sebenarnya dah buntu sebab tidak tahu apa benda nak serang (Kerajaan Perpaduan),” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan AMK 2023 di sini, hari ini.

Adam juga menegaskan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar sudah melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk menangani isu membabitkan rakyat, termasuk membentangkan Bajet 2024 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Parlimen, serta Kerangka Ekonomi Madani.

Merujuk kepada perdebatan di Dewan Rakyat Rabu lalu antara Muhyiddin dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Adam berkata, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebenarnya sudah buntu idea untuk menyerang kerajaan.

“Semasa sidang Parlimen baru-baru ini (di mana Muhyiddin) menyoal Menteri Ekonomi, beliau (Muhyiddin) mengalihkan isu (kerana) soalan tambahannya berbeza daripada pertanyaan asal.

“Kami menganggap dialah buntu, tak tahu nak tanya apa, tak tahu nak pertikai apa,” katanya.

Semalam, ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, Muhyiddin berkata, Kerangka Ekonomi Madani diperkenalkan Anwar dilihat tidak mempunyai sasaran yang jelas mengenai pertumbuhan ekonomi negara dan pengagihan kekayaan yang adil dan saksama untuk semua rakyat.

Muhyiddin juga mendakwa dasar ekonomi tersebut gagal mengemukakan satu komitmen yang jitu untuk membangunkan masyarakat Bumiputera.

Semalam, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Bersatu dibuat untuk memberi ruang kepada pemimpin pelapis berpengalaman mengambil alih kepemimpinan mengikut proses demokrasi, selain meneruskan agenda perjuangan parti.

Awal hari ini, perwakilan perhimpunan agung tahunan parti itu sebulat suara menolak keputusan Muhyiddin.

Susulan itu, beliau membuat ‘pusingan u’ apabila bersetuju untuk mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan parti yang akan datang, selain turut mendakwa sudah mendapat restu isterinya. – 25 November 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Severe turbulence: Singapore Airlines flight makes emergency landing in Bangkok, one dead, 30 injured

The Boeing 777 flying in from London was forced to land at Suvarnabhumi Airport, Bangkok, 3.45pm local time

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related