HEADLINES

Program Rakan Muda dapat sambutan luar biasa tapi laman sesawang tidak dikemaskini

Adam Adli mengakui hakikat itu, justeru kerjasama dengan rakan strategik akan diperkukuhkan tahun depan untuk menghebahkan program tersebut

2:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Walaupun program Rakan Muda mendapat penyertaan lebih sejuta belia, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, laman sesawangnya tidak mempunyai maklumat berkaitan program itu dan tidak dikemaskini.

“Saya nampak dulu ia diuar-uarkan begitu hebat dan baik sekali serta menarik lebih ramai menyertainya.

“Tetapi sekarang saya nampak bahawa program ini tidak dihebahkan. Saya masuk website (laman sesawang) tengok Rakan Muda tapi memang tak up to date (dikemaskini).

“Walaupun ada beribu-ribu program, berjuta-juta penyertaan tapi maklumat tiada. Saya rasa itu kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya ketika mengajukan soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau ingin mengetahui apakah rancangan kerajaan untuk menghebahkan program itu.

Menjawab pertanyaan tersebut, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim menyedari hakikat itu dan berkata, pihaknya akan memperkukuhkan kerjasama dengan rakan strategik bermula tahun depan untuk memastikan program Rakan Muda dihebahkan di media massa dan media sosial.

“Kami terima pandangan dan saranan. Turut diakui kita bergantung kepada hebahan bersifat organik di mana peserta sendiri yang mengambil bahagian dalam memastikan program disertai mendapat liputan di media sosial,” katanya.

Program Rakan Muda yang diperkenalkan pada Oktober 1994 diberi nafas baharu dengan 10 gaya hidup, selaras dengan citarasa dan minat generasi muda hari ini.

Sepuluh gaya hidup itu adalah Rakan Aktif, Rakan Demokrasi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Litar, Rakan Mahir, Rakan Muzik, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.

Terdahulu, Adam Adli berkata, setakat 14 November lalu, sebanyak 3,947 aktiviti Rakan Muda dilaksanakan melibatkan penyertaan 1,078, 674 belia di seluruh negara sejak program itu diberi nafas baharu pada 25 Jun lalu.

“Jumlah ini sekali gus melepasi sasaran penyertaan program Rakan Muda seramai satu juta belia pada tahun ini.

“Antara gaya hidup yang mendapat sambutan hangat oleh anak muda adalah Rakan Aktif, Rakan Demokrasi, Rakan Mahir, Rakan Prihatin dan juga Rakan Digital,” katanya.

Jelas beliau, ketika ini terdapat kira-kira 56 sekretariat Rakan Muda di institusi pengajian tinggi (IPT) dan 107 kelab Rakan Muda yang aktif di seluruh negara.

Malah katanya, program Rakan Muda dianggap sebagai sebuah platform untuk menyatupadukan golongan belia negara dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mahu ia dicemari dengan perseteruan politik. – 27 November, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related