HEADLINES

PM gesa komitmen syarikat telekomunikasi bantu bangunkan bakat kepakaran teknologi baharu

Hanya menerusi pembangunan bakat itu, martabat Malaysia dapat diangkat dari sudut transformasi digital yang diperluaskan ke semua peringkat, kata PM

5:16 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa komitmen bersama syarikat telekomunikasi untuk membangunkan bakat kepakaran dalam kalangan rakyat supaya mereka dapat meneroka bidang pekerjaan berkaitan teknologi baharu.

Perdana Menteri berkata, hanya menerusi pembangunan bakat itu, martabat Malaysia dapat diangkat dari sudut transformasi digital yang diperluaskan ke semua peringkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Anugerah Pengurus PEDi Terbaik kepada Rossyafira Muhamad pada Persidangan PEDi Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – Gambar Abdul Razak Latif/Scoop, 29 November, 2023

“Saya menggesa selain PEDi (Pusat Ekonomi Digital), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), saya mahu komitmen bersama syarikat telekomunikasi memberi tumpuan lebih supaya agenda pembangunan dan teknologi dapat membantu rakyat.

“Syarikat telekomunikasi harus melihat bidang (peningkatan kemahiran) ini untuk membantu melahirkan bakat kepakaran yang diperlukan, supaya dapat memberi latihan khusus dalam meneroka alam pekerjaan bidang teknologi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan PEDi Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Timbalannya, Teo Nie Ching dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Beliau berkata, hanya menerusi pembangunan bakat terbabit, negara dapat memaknai erti keadilan dan Madani.

Orang ramai bersorak kegembiraan selepas mendengar pengumuman dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perasmian Persidangan PEDi Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – Gambar Abdul Razak Latif/Scoop, 29 November, 2023

“Sama seperti beberapa syarikat besar yang membuat pelaburan di Malaysia, Infineon, Geely, Google… Elon Musk, mereka memerlukan tenaga kepakaran tambahan yang mampu membawa syarikat masing-masing ke peringkat lebih tinggi.

“Inilah cabaran yang kita hadapi kerana apabila kita tanya Infineon, tanya Geely, semua menyatakan, mereka memerlukan kepakaran tambahan dalam bidang terbabit hingga Geely hantar 300 orang ke China untuk memberikan latihan kepakaran tambahan.

“Jadi saya melihat syarikat telekomunikasi juga harus melihat bidang-bidang ini untuk membantu melahirkan bakat kepakaran yang diperlukan dalam teknologi baharu,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, PEDi antara strategi penting kepada negara dan ia harus dilaksanakan dengan lebih berhasil.

“Sebab itu, sebelum ini saya pernah umumkan supaya kegiatan PEDi diperluaskan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya keluarga PEDi menjadi lebih besar.

“Kita mulakan peruntukan RM25 juta dalam Belanjawan 2024 dan sekiranya untuk memenuhi (keperluan), saya akan ikhtiar untuk tambah peruntukan pastikan PEDi ini diperluaskan,” katanya. – 29 November, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

TMJ slams ‘politically motivated’ FIFA ban on Malaysian players

Johor regent says FIFA’s sanctions against seven naturalised players were based on “misapplied laws” and driven by hidden agendas

Related