◉ HEADLINES

Petronas cemerlang kerana pengurusan dan tatakelola sangat cekap

9:20 PM MYT

 

KERTEH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kerana mampu mempertahan integriti yang sangat tinggi sejak dahulu hingga kini.

Beliau berkata, prestasi terkini Petronas sehingga mampu memberi pulangan ratusan bilion ringgit kepada negara tidak mungkin dapat dicapai sekiranya syarikat itu tidak mengamalkan pengurusan dan tatakelola yang baik serta cemerlang.

“Dalam keadaan negara terumbang-ambing, kucar-kacir dengan prestasi pengurusan dan tatakelola yang lemah serta sistem tergugat dengan amalan rasuah, pelbagai skandal yang kadang-kadang menjejaskan imej negara… saya bangga Petronas dapat mempertahan integriti yang sangat tinggi.

“Pengajaran yang kita peroleh daripada pengalaman Petronas ialah negara kita ini mampu diangkat sebagai negara hebat dengan syarat adanya pemimpin politik, pengurusan seperti Petronas, penjawat awam dan dasar yang jelas serta pengurusan yang cekap,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra Warga Petronas di Kompleks Petronas Pantai Timur di sini hari ini.

Majlis itu dihadiri Naib Presiden Eksekutif Petronas (Hiliran), Datuk Sazali Hamzah dan kira-kira 600 kakitangan Petronas Pantai Timur.

Perdana Menteri berkata, prestasi cemerlang Petronas juga telah menarik minat pelabur dari pelbagai negara termasuk China, Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang ingin melabur serta bekerjasama dengan syarikat minyak dan gas itu.

Malah katanya, beliau difahamkan syarikat minyak gergasi Saudi Aramco dijangka mengadakan mesyuarat lembaganya di Malaysia pada tahun depan.

Anwar berkata, kerana keyakinan yang tinggi terhadap Petronas juga, Saudi Aramco  berminat  menjadikan Malaysia sebagai hab perkembangan minyak dan gas Arab Saudi di Asia Tenggara.

“Saya telah berjumpa dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman… beliau beritahu saya mahu menjadikan pelaburan Aramco di Pengerang bersama Petronas dan Malaysia sebagai hab penting bagi pelaburan Arab Saudi di Malaysia dan untuk rantau ini,” katanya. – 29 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related