PRK Kemaman: Isu 3R, polis siasat Muhyiddin

Siasatan itu dijalankan susulan satu laporan polis yang dibuat terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebuah balai polis di Chukai Jumaat lepas

4:30 PM MYT

 

CHUKAI – Polis membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan membabitkan 3R (agama, bangsa dan raja) ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, baru-baru ini. 

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dilakukan mengikut Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mencetuskan keadaan tidak harmoni.

Bercakap pada sidang media selepas melakukan tinjauan di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di sini hari ini, beliau berkata siasatan itu dijalankan susulan satu laporan polis yang dibuat terhadap Muhyiddin di sebuah balai polis di sini, Jumaat lepas.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu pada satu ceramah perdana di sini, antara lain didakwa mengeluarkan “fatwa” harus untuk ahli UMNO meninggalkan parti itu dan mereka yang berbuat demikian boleh mendapat ganjaran pahala hijrah seperti zaman Rasulullah SAW.

Dalam pada itu, Ayob Khan turut mengingatkan semua penyokong parti agar tidak mengadakan sebarang perhimpunan ataupun perarakan pascapilihan raya supaya tidak menimbulkan gangguan kepada ketenteraman awam.

“Polis akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam semasa pascapilihan raya nanti,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 280 anggota dan pegawai polis akan memantau situasi ketenteraman awam selepas pilihan raya sehinggalah situasi berada dalam keadaan aman dan harmoni.

PRK Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS

Ia diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – 2 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related