HEADLINES

Bomba Sabah terus pantau impak gempa bumi Filipina

Bomba tetap membuat pemantauan rapi kerana kejadian itu melibatkan negara jiran berhampiran sempadan Malaysia

1:30 PM MYT

 

SANDAKAN — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah terus memantau kejadian gempa bumi di Mindanao, Filipina malam tadi dengan gegaran susulan sehingga pagi ini, sekiranya ia turut memberi impak kepada Sabah.

Penolong Pengarah Operasi JBPM negeri Hamsa Isnurdini berkata walaupun pihak berkuasa belum menerima sebarang laporan terutama di pantai timur mengenai impak kejadian gempa bumi, pihaknya tetap membuat pemantauan rapi kerana kejadian itu melibatkan negara jiran berhampiran sempadan Malaysia.

“Kami (JBPM) tidak menerima sebarang laporan atau maklumat daripada orang ramai, tetapi kami memantau dengan rapi keadaan itu.

“Pegawai dan anggota kami khususnya di pantai timur dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud melanda wilayah selatan Filipina pada 10.37 malam, 42km tenggara Gingoog City dengan kedalaman 85km.

Setakat 11.28 pagi hari ini, kawasan itu menerima 14 gegaran susulan sederhana, namun MetMalaysia berkata tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian. – 3 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related