HEADLINES

Waspada dengan scammer tawar khidmat tebus tunai eMadani: MOF

MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai

12:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Kewangan (MOF) menasihati orang ramai berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMadani oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

Dalam satu kenyataan, MOF berkata, ia bagi mengelak penerima manfaat eMadani daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’, sekali gus hilang kredit eMadani mereka.

Tegasnya, MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai.

“Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer atau penebusan tunai.

“Program Madani diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai,’’ katanya.

Bantuan e-wallet RM100 merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan kerajaan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Ia disalurkan antara 4 Disember sehingga 20 Februari 2024.

MOF juga memaklumkan bahawa kredit Madani tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai.

“la hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat laitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit/perniagaan di seluruh negara,’’ katanya.

Pendaftaran program MADANI dibuka mulai hari ini sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40. – 4 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related