PAS perlu berani berubah, angkat Samsuri sebagai Presiden parti: Penganalisis

Dalam kepimpinan tertinggi PAS, kalangan profesional atau teknokrat kebiasaannya agak sukar diberi peluang mengetuai parti Islam itu

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya bagi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengundur diri dan memberi laluan kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menerajui parti Islam itu.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Rusdi Omar berkata, namun persoalannya sejauh mana keberanian kepimpinan tertinggi PAS mahu membuat perubahan tersebut selepas membawa naratif Naib Presiden PAS itu sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Menurutnya, dalam PAS, pemilihan kepimpinan adalah berdasarkan hierarki dan sekiranya pemimpin bukan latar belakang ulama, mereka hanya boleh menjadi setakat orang nombor dua dalam parti itu sahaja.

Rusdi berkata, realitinya dalam kepimpinan tertinggi PAS, kalangan profesional atau teknokrat kebiasaannya agak sukar untuk diberi peluang mengetuai parti Islam itu. – Gambar Alif Omar/Scoop, 5 Disember, 2023

“Nak jadi nombor satu itu hanya golongan dikatakan ulama, tapi sekarang ini lebih kepada ulama politik bukan ulama agama. Kalau PAS berani membuat perubahan, masa depan PAS akan lebih cerah lagi, hanya sama ada mereka sanggup atau tidak sahaja.

“Jika Samsuri diangkat sebagai bakal Perdana Menteri, sudah pasti akan ada perubahan dalam sokongan kepada parti itu terutama oleh anak muda dan beliau harus memulakan langkah ke arah itu dengan mengetuai parti.

“PAS juga akan dilihat sebagai parti yang tidak hanya menumpukan kepada soal agama, tidak dilihat sebagai parti dengan pimpinan teokratik tetapi lebih kepada parti teknokrat. Tapi sejauh mana PAS berani untuk buat perubahan, itu yang kita nak tengok,” katanya kepada Scoop, hari ini.

Beliau mengulas saranan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang supaya Hadi berundur sebagai Presiden PAS dan menyerahkan kerusi diterajuinya itu kepada Samsuri.

Kit Siang berkata, Samsuri juga boleh mengemudi PAS menjadi lebih sederhana dan berfikiran terbuka.

Mengulas lanjut, Rusdi berkata, namun realitinya dalam kepimpinan tertinggi PAS, kalangan profesional atau teknokrat kebiasaannya agak sukar untuk diberi peluang mengetuai parti Islam itu.

“Tapi kalau PAS betul-betul hendak buat perubahan dan mendapat sokongan rakyat termasuk Sabah dan Sarawak, mereka kena buat seperti apa yang ditekankan Kit Siang.

“Tapi saya tidak nampak kepimpinan PAS akan bagi laluan seperti itu kerana hierarki dalam kepimpinan parti,” katanya.

Beliau berkata, untuk melihat Samsuri memegang jawatan Perdana Menteri juga bukan mudah kerana gabungan Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai Bersatu juga bercita-cita tinggi biarpun memiliki jumlah kerusi sedikit.

Pakar mengatakan untuk melihat Samsuri memegang jawatan Perdana Menteri juga bukan mudah kerana gabungan Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai Bersatu juga bercita-cita tinggi biarpun memiliki jumlah kerusi sedikit – Alif Omar/Scoop, 5 Disember, 2023

“PAS juga harus berani menyatakan pendirian mereka dalam gabungan PN kerana mereka mempunyai kerusi paling banyak tapi masih dilihat tenggelam dan dibayangi Bersatu,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Mazlan Ali berkata, beliau bersetuju dengan saranan Kit Siang berikutan selama ini PAS tidak pernah menjadi parti yang menerajui kerajaan di peringkat Persekutuan.

“Malah dalam gabungan PN, PAS lebih banyak kerusi, tetapi yang mengetuainya adalah daripada parti lebih kecil, kenapa tidak diletakkan Hadi sebagai Pengerusi PN?

“Kemungkinan ada pihak melihat kepimpinan PAS ini kebanyakannya ulama, jadi tidak begitu sesuai untuk pergi ke jawatan Perdana Menteri atau pun mengetuai satu gabungan apabila membentuk kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, sudah sampai masa untuk Samsuri mengambil jawatan sebagai Presiden PAS kerana beliau mampu melonjakkan parti dan meningkatkan keyakinan rakyat ke tahap lebih tinggi lagi.

“Kerana rakyat rasa Samsuri mempunyai semua ciri-ciri yang diperlukan sebagai seorang Perdana Menteri.

“Jadi jika Hadi memberi laluan kepada Samsuri sebagai Presiden baharu parti, Hadi boleh memainkan peranan sebagai Mursyidul Am contohnya. Itu saya rasa tidak ada salahnya,” katanya. – 5 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related