HEADLINES

‘Saya akan terus perang dengan golongan salah guna kuasa, tak kira Tun, Tan Sri atau Datuk’ : PM

Perdana Menteri berkata, apabila amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sudah sistemik, ia mengambil waktu untuk diselamatkan

3:50 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan terus memerangi golongan yang menyalah guna kuasa dan menyakau duit rakyat tanpa mengira pangkat.

Menurut Anwar, tindakan itu juga tanpa mengira sama ada pihak yang menyalah guna kuasa itu berpangkat Tun, Tan Sri atau Datuk.

“Bila amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sudah sistemik, ia mengambil waktu untuk diselamatkan.

“Kita tekankan begitu kerana masih ada penyeludupan dadah di Pelabuhan Klang, masih ada kutipan untuk dapat lesen, saya tidak nafikan.

“Kita tekankan perlunya ketelusan dan anti rasuah, tapi percayalah, selagi Allah SWT beri kekuatan pada saya dan kestabilan politik yang ada, Insya-Allah saya akan terus perang dengan golongan yang menyalah guna kuasa.

“Tak kira sama ada mereka Tun, Tan Sri dan Datuk. Dengan sokongan saudara, saya akan bekerja sebaik mungkin,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2023 di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Perdana Menteri turut meluahkan rasa bangga dengan prestasi Jemaah Menteri yang mengutamakan proses tender secara telus dalam apa-apa keputusan dan projek yang dirancang untuk dilaksanakan.

Penegasan itu dibuat selepas Anwar menyifatkan kebanyakan nilai dalam masyarakat ketika ini sudah rosak dan runtuh, menyebabkan masyarakat terperangkap dengan pemikiran lapuk dan jumud, selain ia merendahkan martabat manusia serta akal budi.

“(Prestasi) negara tak boleh terangkat kalau (masih dengan) sikap lama, jadi pemimpin mesti kaya, jadi Perdana Menteri mesti beri projek kepada anak menantu.

“Kalau tiada ketegasan untuk membawa perubahan ini, ia tidak ada anjakan, tiada ‘reform’. Penekanan ini tidak mudah sebab puluhan tahun kita dengan cara lama.

“Ada kata pada saya buat apa jadi Perdana Menteri kalau tak ambil duit, bodohlah kerana bagi dia cerdik itu maknanya kaya.

“Nilai itu sudah rosak, padahal kalau anak kita diminta berkorban, berkhidmat dengan ikhlas, bagaimana pemimpin boleh cuai begitu,” katanya. – 5 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related