HEADLINES

Kementerian Luar main peranan aktif heret Israel ke ICC, ICJ: Timbalan Menteri

Walaupun bukan ahli Statut Rom ICC, Malaysia masih boleh menyokong desakan masyarakat antarabangsa untuk mengheret Israel ke muka pengadilan

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Kementerian Luar sedang memainkan peranan aktif dalam membantu mendesak masyarakat antarabangsa mengheret isu kekejaman Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Dewan Negara diberitahu.

Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata walaupun bukan ahli Statut Rom ICC, Malaysia masih boleh menyokong desakan masyarakat antarabangsa untuk mengheret Israel ke muka pengadilan berikutan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

“Peranan itu termasuk kerjasama secara ad-hoc dengan Pejabat Pendakwa Raya ICC bagi menyokong siasatan selain membantu dari segi menyampaikan dokumen-dokumen perundangan atau memudahkan kehadiran saksi sukarela yang boleh menyokong kes itu apabila dikemukakan di ICC nanti,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Noraini Idris mengenai peranan yang boleh dimainkan Malaysia dalam isu kekejaman Israel di Palestin.

Mohamad berkata kerajaan juga telah mengemukakan kenyataan bertulis atau pandangan Malaysia yang diperlukan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kesan-kesan kekejaman Israel terhadap Palestin pada 25 Julai lepas.

“Insya-Allah kita juga akan mengambil bahagian untuk mengemukakan penyerahan lisan untuk tampil di ICJ pada 19 Februari tahun depan.

“Ini merupakan antara komitmen jitu negara untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin dan menyokong desakan masyarakat antarabangsa untuk mengheret Israel ke muka pengadilan,” katanya.

Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Jumaat lepas selepas jeda kemanusiaan selama seminggu dengan Hamas tamat.

Sekurang-kurangnya 15,899 rakyat Palestin terbunuh manakala 42,000 lagi cedera dalam serangan udara dan darat Israel. – 6 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related