Tidak akan berlaku pelanggaran, kebocoran data MyDigital ID: Mimos

Sijil digital itu unik dan hanya dimiliki pengguna menerusi peranti masing-masing,

9:15 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mimos Berhad, agensi pelaksana MyDigital ID, memberi jaminan bahawa inisiatif sistem pengenalan diri dalam talian yang diperkenalkan adalah selamat dan tidak akan berlaku perlanggaran atau kebocoran data pengguna.

Ketua Kluster Sektor Teroka Teknologi Mimos, Dr Saat Shukri Embong berkata, ini memandangkan agensi itu tidak menyimpan sebarang data peribadi pengguna, sebaliknya pelayan (server) mereka hanya berfungsi untuk tujuan memproses transaksi pengesahan seseorang individu.

Mimos katanya hanya bertindak untuk membuat verifikasi secara dalam talian berpandukan pangkalan data kerajaan yang sedia ada seperti Jabatan Pendataran Negara sebelum mengeluarkan sijil digital penguna.

“Pangkalan data semua di bawah jagaan kerajaan, kami (Mimos) tidak terima dan simpan data, kami tidak simpan sijil digital pengguna, kami tidak ada punca kuasa kerana semua ini dilindungi akta,” katanya ketika sesi taklimat berkaitan MyDigital ID bersama Mimos di Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini.

Menjelaskan bahawa sijil digital itu unik dan hanya dimiliki pengguna menerusi peranti masing-masing, Saat Shukri berkata, sekiranya berlaku kecurian identiti digital, ia mungkin disebabkan oleh pengguna yang berkongsi kata laluan peranti atau telefon mereka telah digodam.

Beliau berkata, sekiranya telefon seseorang individu hilang, atau dicuri, mereka boleh terus menghubungi talian penting Mimos bagi memohon agar sijil digital berkenaan dibatalkan, sebelum pengguna perlu membuat pendaftaran semula untuk mendapatkan sijil digital baharu.

Katanya, Mimos menjadikan beberapa negara seperti Estonia, India, Singapura, Kanada dan Australia sebagai penanda aras global pembangunan identiti digital, namun MyDigital ID dihasilkan mengikut acuan, keperluan serta penggunaan teknologi tempatan dengan kerjasama universiti tempatan.

Menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya ia diwujudkan secara tergesa-gesa, Saat Shukri berkata, pembangunan inisiatif MyDigital ID telah dilakukan sejak 2016 apabila Mimos menjalankan projek penyelidikan Platform Pengesahan Bersepadu sebagai sebahagian daripada Pembanguan Teknologi di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Berhubung tempoh masa pelaksanaan MyDigital ID, beliau berkata, ketika ini proses pendaftaran bermula dengan anggota pentadbiran, pembuat dasar dan penjawat awam, sebelum ia diperluaskan kepada penerima bantuan kerajaan berdasarkan Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) bermula Mac tahun hadapan.

Pendaftaran untuk orang awam secara keseluruhan dijangka dimulakan pada Julai 2024.

MyDigital ID adalah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menjadi individu pertama mendaftarkan diri dan memiliki identiti digital. Pada 21 November lalu, Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan peruntukan RM80 juta kepada Mimos untuk menyegerakan pelaksanaan MyDigital ID dan memperkasakan transformasi digital, serta membangunkan inisiatif digital khususnya melibatkan urusan dengan kerajaan. – 6 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Related