HEADLINES

Gurauan ‘katakanlah perempuan boleh poligami’ melampau, persenda agama

Umat Islam dinasihatkan supaya tidak menjadikan perkara yang diharamkan dalam agama sebagai gurauan

10:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan segelintir wanita mempersenda hukum Islam berkaitan gurauan poligami membabitkan golongan itu menerima kecaman ramai.

Rata-rata meluahkan kurang senang dengan perkongsian di TikTok memaparkan karikatur seorang wanita mempunyai dua orang suami dengan kapsyen ‘katakanlah perempuan boleh poligami.’

Meskipun dikecam hebat, terdapat beberapa individu meluahkan rasa gembira seandainya golongan wanita turut dibenarkan berpoligami seperti mana kaum adam.

Gurauan itu mendapat perhatian pendakwah bebas, Firdaus Wong yang disifatkannya sebagai melampau kerana mempermainkan agama.

Tindakan segelintir wanita mempersenda hukum Islam berkaitan gurauan poligami membabitkan golongan itu menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak – Gambar Firdaus Wong, 6 Disember, 2023

“Apabila hukum dijadikan gurauan dan imaginasi pula tidak dipasakkan pada al-Quran dan Sunnah. Kenapa selama ini saya berusaha mendidik masyarakat agar jangan terlalun emosional dan berfikiran rasional.

“Kerana saya tahu apabila emosional seseorang itu tinggi maka rasional seseorang itu akan menjadi rendah. Seseorang yang emosional akan senang dimanipulasi. Dimanipulasi orang lain dan bisikan syaitan sehingga bertindak di luar batasan syariat agama Islam,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Sementara itu, pendakwah bebas, Ustazah Asmak Husin menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan perkara yang diharamkan dalam agama sebagai gurauan.

Menurutnya, walaupun sekadar gurauan untuk menyenangkan hati wanita, hukum halal dan haram tidak boleh dipersenda.

Ustazah Asmak Husin menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan perkara yang diharamkan dalam agama sebagai gurauan – Gambar X, 6 Disember, 2023

“Halal tetap halal dan haram tetap haram. Bergurau untuk perkara haram pun tidak boleh ya. Contohnya, bayangkan kalau zina dibenarkan. Bergurau dengan perkara yang sia-sia dan apatah lagi perkara haram dijadikan halal.

“Hukum gurauan secara asalnya dibenarkan, namun ia menjadi haram sekiranya mengandungi unsur seperti mempermainkan agama Islam, sama ada dari sudut kepercayaan, syiar ataupun amalan, sebagaimana yang disebut dalam Muzakarah Fatwa Negeri Perlis ke-53,” katanya.

Justeru katanya, umat Islam diingatkan supaya berhati-hati apabila bergurau kerana dikhuatiri menghampiri haram.

“Harap masyarakat akan menjadi “check and balance” (semak dan imbang) supaya perkara ini tidak berulang dan diambil pengajaran oleh semua pihak,” katanya. – 6 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Malaysia nears eradication of hardcore poverty as average household income hits RM9,155

With the poverty rate now at just 0.09%, government initiatives show promising progress, while efforts to enhance social mobility and living standards continue

Related