HEADLINES

Tiga kanak-kanak lemas dalam kolam buatan di tapak pembinaan

Ketika kejadian, tiga kanak-kanak terbabit dipercayai mandi dalam kolam yang digali untuk tujuan pembinaan

9:58 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Tiga kanak-kanak berusia antara 7 hingga 11 tahun ditemukan lemas ketika mandi di dalam sebuah kolam buatan di Kampung Perpaduan Ria 1, Kudat petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas berkata, berdasarkan maklumat awal, dua kanak-kanak lelaki terbabit dikenali sebagai Wan Hermi, 11, dan Mohd Syahwan, 7, manakala seorang kanak-kanak perempuan dikenal pasti sebagai Nurul Isah, 11.

“Ketika kejadian, tiga kanak-kanak terbabit dipercayai mandi dalam kolam yang digali untuk tujuan pembinaan. Kita menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.36 petang.

“Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera serta EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) digerakkan ke lokasi kejadian. Sebaik sahaja tiba di situ, ketiga-tiga mangsa telah dibawa keluar dari kolam oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ishak berkata, kesemua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri telah diberi bantuan pernafasan (CPR) oleh pegawai perubatan dan EMRS, sebelum dibawa ke Hospital Kudat untuk tindakan lanjut.

“Maklumat yang diperoleh daripada pihak perubatan hospital itu mengesahkan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia,” katanya. – 7 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related