HEADLINES

Jom ke Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Bukit Jalil

Antara tumpuan program ini adalah kaunter pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jualan Mega Madani yang melibatkan 226 operator jualan

8:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang menyediakan pelbagai program menarik berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari bermula hari ini. 

Tumpuan pastinya terhadap kaunter pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) hingga 50 peratus, kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kaunter pendaftaran Program Cuti-Cuti Cikgu serta saringan kanser payudara dan kanser serviks yang diberikan secara percuma, selain kempen antigangguan seksual.

Tidak ketinggalan, pengunjung juga berpeluang membeli pelbagai barangan keperluan menerusi Jualan Mega Madani yang melibatkan 226 operator jualan terdiri daripada usahawan, pasar raya besar dan agensi yang menawarkan potongan harga 30 peratus. 

Bersempena dengan program itu juga, petang ini bakal berlangsung pelancaran MYNEXT Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan pertukaran dokumen Memorandum Transformasi TVET yang dijangka dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Orang ramai yang ingin datang hari ini dinasihatkan agar menggunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas memandangkan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, selain Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki (JWC) 2023 yang sedang berlangsung sejak 5 Disember. 

Program Setahun Bersama Kerajaan Madani diadakan untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat oleh Kerajaan Perpaduan sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 24 November tahun lepas.

Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju kerajaan bagi membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. – 8 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related