HEADLINES

Polis mohon bantuan kesan pelajar lelaki 14 tahun dilaporkan hilang

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi kali terakhir berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras 

2:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam. 

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi kali terakhir berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras pada 12.30 tengah malam, semalam. 

“Polis menerima laporan kehilangan pelajar berkenaan pada 1.21 tengah hari, Khamis,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan supaya tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi hotline Polis Cheras menerusi talian 03-92845050 atau 5051 dan hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999. – 8 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related