HEADLINES

Pelajar SM Sains Alam Shah ditemukan selamat: Polis masih teruskan siasatan punca mangsa ‘hilang’

Daniel dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk pemeriksaan kesihatan

3:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi, 14, hilang dari kawasan Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, remaja tersebut telah ditemukan oleh ibu bapa dan guru sekolah berkenaan di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Cheras pada pukul 11 malam tadi.

Katanya, mangsa ditemukan dalam keadaan lemah.

“Remaja itu telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengetahui sebab mangsa boleh berada di tempat tersebut (lokasi ditemukan),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang membantu sehingga jumpa semula mangsa.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya.

Terdahulu Scoop melaporkan, Daniel ditemukan selamat dan perkara itu dimaklumkan Yusri Yunos yang dipercayai guru di sekolah terbabit menerusi perkongsian di Facebooknya, malam tadi.

“Alhamdulillah… dijumpai dengan selamat dan sihat selepas dua hari pencarian.

“Terima kasih kepada semua yang berusaha mencari sejak awal sehingga malam ini iaitu keluarga, warga sekolah, polis Cheras, Jemaah Masjid Saidina Othman, penduduk Bandar Tun Razak dan masyarakat sekitar,” katanya.

Menerusi beberapa gambar yang dimuat naik, Daniel dilihat di sebuah pondok menunggu bas malam tadi.

Dia dilihat berpakaian baju-T dan berseluar hitam sambil tangannya memegang sebuah buku.

Daniel dilaporkan hilang sejak kelmarin dan kali terakhir dilihat berada di kawasan sekolah terbabit pada jam 12.30 tengah malam.

Sementara itu, ibu mangsa, Shuhada Jamaludin mendakwa, anaknya itu pernah mengadu kepadanya pada Ogos lalu menjadi mangsa buli di sekolah.

Bagaimanapun dia tidak mendengar aduan tersebut daripada anak lelakinya itu selepas itu. – 9 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Budget 2026: Anwar unveils RM1.2b to revive heritage buildings and transform KL’s hawker centres, peoples’ housing

The 2026 Budget allocates funds for historic restorations, urban upgrades, and a renewed commitment to cultural preservation and inclusive city living

Related