◉ HEADLINES

Gerakan ‘tebuk atap’ tidak akan berlaku, bumbung kita konkrit: Anwar

Perdana Menteri berkata, hubungan kerjasama antara semua parti dalam Kerajaan Perpaduan amat baik, sekali gus menyukarkan berlakunya gerakan ‘tebuk atap’

5:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan gerakan menumbangkan Kerajaan Perpaduan tidak akan berlaku kerana barisan Kabinetnya berupaya membina ‘bumbung konkrit’ daripada sebarang cubaan ‘tebuk atap’ selepas setahun pentadbiran.

Perdana Menteri berkata, hubungan kerjasama antara semua parti dalam Kerajaan Perpaduan amat baik, sekali gus menyukarkan berlakunya gerakan ‘tebuk atap’.

“Sekarang ini bumbung kita bumbung konkrit. (Malah), saya dalam Jemaah Menteri belum ada sekalipun pertelagahan atas perbezaan parti.

“InsyaAllah kita ada kekuatan sekarang. Kita tumpu bukan pertelagahan parti politik, tetapi bagaimana mengangkat martabat negara. (Jadi) yang terdesak akan gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog semasa majlis penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Beliau menjawab cadangan seorang pengunjung agar kerajaan membuat satu organisasi politik sahaja dan tidak perlu bercampur bagi mengelak berlakunya gerakan ‘tebuk atap’.

Bagaimanapun katanya, hanya pembangkang sahaja yang terdesak mahu membentuk kerajaan dan cubaan mereka menumbangkan kerajaan akan menemui kegagalan.

“Percubaan tebuk atap, ada yang kata ada cubaan dibuat pada Julai… Ogos. Namun kita tumpu kepada bagaimana nak angkat martabat negara sebagai negara maju dan hebat,” katanya.

Kenyataan Anwar itu turut dipersetujui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan kesemua gabungan 18 parti dalam Kerajaan Perpaduan memberi dukungan kepada Perdana Menteri.

“Semua beri dukungan sepunuhnya kepada Perdana Menteri. Malah dalam setiap mesyuarat sekretariat telah berikan laporan bahawa jika pun terdapat perbezaan diakar umbi, itu pendirian individu.

“Namun Perdana Menteri bijaksana dalam menyantuni perbezaan pendapat ini, kerajaan kekal utuh dan kuat,” katanya. – 10 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related