HEADLINES

‘Dikritik selepas dilantik Timbalan Menteri Kewangan, Hui Ying kena belajar, buat sesuatu’

Kena bantu Perdana Menteri, pastikan Bajet 2024 capai matlamat

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Tak apalah lantik dia di Kementerian Kewangan. Dah Perdana Menteri lantik dia di situ, dia kena belajarlah, kena buat sesuatu biarpun dikata macam-macam”.

Demikian tegas Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman ketika dihubungi Scoop bagi mengulas pelantikan Lim Hui Ying sebagai Timbalan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Selasa lalu.

Menurutnya, apabila sudah diberikan amanah dan berada di Kementerian Kewangan, Hui Ying perlu mencabar kata-kata kutukan yang dilontarkan banyak pihak khususnya netizen mengenai dirinya, kononnya dikatakan ‘kayu’ ketika menjadi Timbalan Menteri Pendidikan.

Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, diberikan amanah berada di Kementerian Kewangan, Lim Hui Ying perlu membalas kutukan yang dilontarkan banyak pihak kononnya dia seperti ‘kayu’ ketika menjadi Timbalan Menteri Pendidikan. – Gambar Bernama, 13 Disember, 2023

“Kerja Timbalan Menteri di Kementerian Kewangan ini bukan mudah. Dia kena bantu Perdana Menteri khususnya memastikan Bajet 2024 sampai ke matlamatnya.

“Perdana Menteri sudah cukup sibuk nak cari pelabur, kalau semua kerja Perdana Menteri nak buat, memang beliau tak cukup tangan. Inilah cabarannya kepada Timbalan Menteri,” katanya hari ini.

Kelmarin Scoop melaporkan, pelantikan Hui Ying seperti diumumkan Perdana Menteri mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen di platform X.

Rata-rata mempertikaikan kredibilitinya untuk menerajui Kementerian Kewangan (MoF) selepas melihat prestasi ‘suam-suam’ kuku adik kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu semasa menggalas jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan sebelum ini.

Guan Eng pernah menerajui Kementerian Kewangan di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2018.

“Pelantikan Lim Hui Ying ke MoF sangat mengecewakan. Dia Ahli Parlimen penggal pertama. Apakah yang dilakukannya begitu hebat yang menarik perhatian PMX (julukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk memindahkannya dari MOE (Kementerian Pendidikan) ke MoF? Adakah untuk menutup Guan Eng daripada cuba menjatuhkan kerajaan Chow Kon Yeow (Ketua Menteri) di Pulau Pinang? Tiada siapa yang tahu,” kata @thedopestRAJ.

“Memang tak berkenanlah Lim Hui Ying tu jadi Timbalan Menteri Kewangan. Maksud saya tengoklah dia dekat KPM. Macam tak ada signifikan sangat. Kat Parlimen pun boleh tak bersedia jawab soalan,” kata @nuuraimuni.

Mengulas lanjut, Rosli berkata, apabila berada di kementerian yang ‘super’ sibuk, Hui Ying kena buktikan kemampuannya dalam mengurus kewangan negara bersama Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang dilantik sebagai Menteri Kewangan II.

Norsyahrin Hamidon berkata, sekarang bukan masa yang sesuai lagi untuk menilai atau memperkatakan sesuatu mengenai Hui Ying. – Gambar Majlis Amanah Rakyat, 13 Disember, 2023

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon ketika diminta mengulas isu sama berkata, sekarang bukan masa yang sesuai lagi untuk menilai atau memperkatakan sesuatu mengenai Hui Ying.

“Pelantikan tersebut adalah hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terlalu awal untuk ulas, kena tunggu enam bulan (lihat prestasi),” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh ketika diminta mengulas isu sama berkata: “Tak berminat nak komen.”

Usaha Scoop mendapatkan komen beberapa pemimpin UMNO lain termasuk Ketua Wanita, Datuk Seri Noraini Ahmad serta Setiausaha Agung, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki gagal apabila mereka tidak menjawab panggilan telefon juga mesej di WhatsApp. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

FAM’s ‘personal capacity’ defence is an insult to Malaysian football’s intelligence — Sandru Narayanan

By doubling down on the excuse that a suspended official was attending a FIFA event “in a personal capacity,” the Football Association of Malaysia has once again proven that it still doesn’t understand how accountability or optics actually work

Sea Games setback: Zafrul calls for shared responsibility, not blame game

Malaysia fell short of its four-gold target at the 2025 SEA Games in Thailand, but BAM President Tengku Zafrul Abdul Aziz emphasises that the setback is a shared responsibility, not an individual failure, adding that the national squad still showed progress with nine medals, including a landmark women’s singles podium finish

Malaysia Airlines Airbus A380: a sad tale of huge proportions – Kamil Abu Bakar 

With the flying dugong headed for the scrapyard, a veteran aviation expert discusses the viability of the world's largest passenger plane 

Related