HEADLINES

Fahmi Fadzil nafi minta platform X padam hantaran kecam beliau

Beliau serta pejabat dan kakitangannya tidak pernah membuat laporan berhubung perkara itu

5:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menafikan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengarahkan platform X memadam hantaran yang mengecamnya berhubung rombakan kabinet baru-baru ini.

Fahmi berkata, beliau sendiri, serta pejabat dan kakitangannya, tidak pernah membuat laporan berhubung perkara itu, malah suruhanjaya itu bebas untuk membuat apa-apa tindakan tanpa perlu merujuk beliau.

“Saya hanya mahu jelaskan bahawa SKMM menerima laporan dari sesiapa sahaja, orang awam, saya belum berbincang dengan SKMM mengenai perkara tersebut, tetapi secara amnya SKMM tidak merujuk kepada saya sebelum mengambil tindakan, mereka bebas untuk ambil tindakan. Jadi kadang-kadang mungkin orang awam yang melaporkannya.

“Saya tidak terkesan dengan hantaran ini, saya tiada masalah dia nak cakap macam itu dan saya dan pejabat saya tiada membuat laporan kepada SKMM berhubung isu tersebut, jadi ada yang menuduh seolah-olah saya (buat laporan), saya sahkan saya tak tahu pun,” katanya mengulas laporan sebuah portal yang mendakwa kerajaan melapor kepada X untuk meminta hantaran yang mengecam seorang menteri diturunkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Setem Khas Palestin Merdeka oleh Pos Malaysia.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan beliau tidak terkesan dengan hantaran berkenaan.

“Saya tiada masalah dia nak cakap macam itu dan saya dan pejabat saya tiada membuat laporan kepada SKMM berhubung isu tersebut.

“Jadi ada yang menuduh seolah-olah saya (buat laporan), saya sahkan saya tak tahu pun,” katanya. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related