Tiada tempat untuk media di negara ini yang mempromosi keganasan dan ucapan kebencian: Teo

Timbalan Menteri Komunikasi itu menekankan kepada kepentingan untuk media menolak kempen-kempen manupulasi berniat jahat yang menjadi isu global

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tidak ada tempat di negara ini bagi media yang menggalakkan keganasan dalam masyarakat dan ucapan kebencian, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Ketika berucap pada Majlis Makan Malam Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) sempena pelancaran Siri Pembangunan Profesional NPC, Teo berkata, ‘kempen manupulasi berniat jahat’ telah menjadi isu global yang menyasarkan media.

Sambil menekankan kepada isu yang lebih luas menjangkaui tentera siber dan pembuli media, Teo menekankan perlunya negara-negara mengutamakan bidang maklumat sebagai kebimbangan keselamatan.

“Media sering menjadi sasaran untuk membawa mesej kuasa luar yang bukan untuk kepentingan negara dan rakyat.

“Memperkasakan wartawan dengan alat untuk membezakan antara maklumat salah dan fakta yang kelihatan mudah, tetapi kerumitan teknologi dan ancaman motivasi tidak pernah menjadi lebih sukar.

“Sesetengah media telah ditubuhkan untuk menggalakkan keganasan masyarakat dan ucapan kebencian – media seperti ini tiada tempat di Malaysia atau mana-mana masyarakat bertamadun,’’ katanya ketika berucap di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), di sini, malam tadi.

Dalam ucapannya di IPPTAR malam tadi, Teo Nie Ching menegaskan bahawa tidak ada tempat di Malaysia untuk media yang mempromosikan keganasan masyarakat dan ucapan kebencian. – Abdul Razak Latif/Scoop, 15 Disember 2023

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Big Boom Media yang menerbitkan Scoop, Datuk Ahirudin Attan.

Selain itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin serta Ketua Bahagian Akademik IPPTAR, S. Kumaran juga hadir.

Meskipun mengakui peranan kerajaan dalam mengadakan kempen pendidikan untuk mengajar golongan muda serta tua agar tidak menerokai media seperti ini namun ia terpulang kepada setiap individu.

“Kita harus sedar bahawa dengan dengan meninjau (platform sedemikian) memberi ‘ganjaran’ kepada laman web ini, dan selebihnya akan dilakukan oleh algoritma.

‘Penolakan kandungan berbahaya ini bukan hanya baik kepada individu malah kepada negara keseluruhannya,’’ kata beliau.

Teo turut menekankan kepada kepentingan program PDS dan menggesa NPC bekerjasama dengan kerajaan dalam menggalakkan tadbir urus yang baik.

Kerjasama ini, katanya termasuk melaporkan mengenai rasuah, menyokong ketelusan dalam kerajaan, dan memastikan institusi menjalankan tanggungjawab.

Sebagai balasan, Teo memberi jaminan komitmen kerajaan untuk mengekalkan ketelusan dan akauntabiliti.

Program PDS, dijangka diadakan setiap tahun bertujuan memperkasakan wartawan Malaysia dengan menyediakan mereka perubahan landskap media.

Ini merangkumi peralihan teknologi, pembaharuan polisi, trend kerja dan pengantarabangsaan berita.

Program yang julung kali diadakan ini akan menawarkan 10 kursus di seluruh negara, bermula 9 Januari hingga 29 Februari 2024. – 15 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Where is Sabah AG Nor Asiah on 40% grant revenue issue, ask state advocates

Former assemblyman says AG should be at the forefront in advocating for Sabah's rights

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Related