HEADLINES

Kementerian Kewangan akan selesaikan isu permohonan eMadani ditolak

Hui Ying berkata, kerajaan akan meneliti perkara itu dengan serius

1:45 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata, Kementerian Kewangan (MoF) akan menyelesaikan isu permohonan bantuan kredit eMADANI yang ditolak.

“Saya cuba dapatkan lebih banyak maklumat dan akan cuba tengok dan selesaikannya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra dan mengedarkan kalendar 2023 di Pasar Chowrasta di sini, hari ini.

Hui Ying berkata, ramai individu sudah mendapat bantuan kredit eMADANi sebanyak RM100 sejak dilancarkan minggu lepas, namun terdapat juga permohonan ditolak walaupun individu berkenaan layak.

Justeru katanya, kerajaan akan meneliti perkara itu dengan serius.

Mengulas mengenai pertikaian dalam media sosial susulan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Kewangan selepas rombakan Kabinet Selasa lepas, Hui Ying yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, perkara itu tidak melemahkan semangat beliau untuk berkhidmat kerana rakyat juga bebas bersuara.

“Saya terima dengan hati terbuka apa sahaja komen kerana saya bukan sempurna. Setiap orang ada kelemahan, kekurangan dan kelebihan.

“Saya hanya boleh berjanji akan bekerja sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik buat rakyat Malaysia dan Pulau Pinang,” katanya

Hui Ying sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pendidikan. – 15 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related