HEADLINES

Bunuh guna dumbel: Keluarga masih terkejut, serah siasatan pada polis

Mangsa adalah anak kedua daripada tiga beradik

3:49 PM MYT

 

SHAH ALAM – Keluarga seorang pensyarah wanita yang maut dipercayai dibunuh suaminya menggunakan dumbel di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, Bukit Rimau, di sini masih dalam keadaan terkejut dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata dia menerima khabar duka berhubung kejadian itu ketika sedang bekerja sekitar 8 pagi semalam.

“Pada waktu itu, saya hanya diberitahu bahawa mangsa sudah meninggal dunia dan diminta hadir ke Hospital Shah Alam (HSA)

“Kami sekeluarga memang masih terkejut dengan kejadian itu dan berharap polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik HSA hari ini.

Lelaki itu berkata mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik.  

Menurutnya jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di kampung halaman ibunya iaitu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah, Pelabuhan Klang petang ini.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan reman tujuh hari bermula hari ini terhadap seorang lelaki yang disyaki membunuh isterinya dengan menggunakan dumbel, di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 5.33 pagi oleh suspek sendiri, yang mengatakan isterinya mengalami sawan sebelum membawa mangsa ke Hospital Shah Alam kerana tidak sedarkan diri. 

Beliau berkata bagaimanapun pemeriksaan awal oleh doktor ke atas wanita berusia 33 tahun itu mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya dan siasatan lanjut mendapati mangsa dipukul oleh suspek akibat cemburu.

Mohd Iqbal berkata bertindak atas maklumat tersebut, pada 12.49 tengah hari, lelaki itu ditahan di Hospital Shah Alam dan senjata yang dipercayai digunakan untuk memukul isterinya iaitu sebuah dumbel, turut dirampas. – 16 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related