◉ HEADLINES

Serah bukti dashcam, CCTV kes kematian pelajar tingkatan lima SMK Jati

Sehingga kini polis masih belum menerima bahan bukti bagi membantu siasatan kes

3:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mana-mana individu yang mempunyai bukti seperti rakaman papan pemuka (dashcam) kenderaan atau kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kes kematian seorang pelajar tingkatan lima berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, kelmarin, perlu menyerahkannya kepada polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ini bagi membantu siasatan kes yang disyaki melibatkan kenderaan dipandu seorang pegawai kanan polis.

“Kita masih menunggu, yang ada dashcam, CCTV atau lain-lain, siapa yang ada itu (bahan bukti) kita akan terima. Setakat ini belum lagi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Kelmarin, Muhammad Zaharif Affendi yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Jati, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari belakang oleh kereta dipandu suspek.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas pemandu terbabit tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membuat bunyi bising ekzos ketika perjalanan pulang dari sekolah dengan menunggang motosikal jenis Yamaha.

Dikatakan, ketidakpuasan hati itu mendorong pemandu berkenaan mengejar motosikal ditunggang remaja tersebut kira-kira satu kilometer (km) sebelum melanggarnya dari belakang.

Akibat pelanggaran itu, mangsa yang masih lengkap berpakaian sukan sekolah terjatuh dari motosikal dan diseret kenderaan terbabit.

Saksi kejadian turut memaklumkan, pemandu kereta berkenaan kemudiannya berpatah balik ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa sebelum beredar selepas menyedari kehadiran orang ramai.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Mohd Yusri berkata, esok tempoh tahanan reman pegawai berkenaan akan tamat, namun beliau masih belum dapat mengesahkan sekiranya tempoh reman akan disambung atau sebaliknya.

“Biarkan polis siasat dengan telus dan adil seperti arahan KPN (Ketua Polis Negara), dan juga kita minta saksi-saksi yang boleh membantu siasatan untuk tampil, hubungi polis atau pegawai penyiasat untuk beri keterangan,” katanya. – 17 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No return for UPSR, PT3 exams – Malaysia shifts focus to new learning metrics: Fadhlina

The Education Ministry will implement the Malaysian Learning Metrics for Year Four and Form Three students, steering away from traditional examinations to better assess students holistically

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

◉ Related