◉ HEADLINES

Tanah runtuh: Siasatan lanjut masih diteruskan, tentukan pelan mitigasi jangka panjang

Perbincangan lanjut sedang dilakukan antara MBSJ bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

3:49 PM MYT

 

PUCHONG – Siasatan lanjut oleh beberapa jabatan masih diteruskan termasuk menentukan pelan mitigasi jangka panjang bagi menguruskan kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda kawasan perumahan Taman Wawasan di sini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, perbincangan lanjut sedang dilakukan antara pihaknya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

“Sehingga hari ini, kita masih menjalankan siasatan menyeluruh untuk menentukan faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya tanah runtuh di kawasan terbabit.

“Kemudian, selain mesyuarat, perbincangan dan pembentangan mengenai kes itu akan diadakan kerana isu ini bukan sekadar ‘bertemu dan beritahu’. Bukan itu caranya.

“Kami akan mengumpul maklumat secukupnya sebelum mengeluarkan reka bentuk akhir (untuk pengukuhan cerun),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, kejadian tanah runtuh yang berlaku adalah sesuatu yang diluar dijangka dengan mengambil kira faktor saintifik seperti perubahan iklim dan hujan lebat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan dalam satu kenyataan memaklumkan, berlaku pergerakan tanah dikesan di lokasi kejadian tanah runtuh petang semalam menyebabkan simen di hadapan pintu pagar beberapa rumah runtuh.

Beliau berkata, sebanyak 46 cerucuk besi dilaporkan ditanam dan kerja itu akan disambung semula pagi ini.

Kejadian tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 itu yang berlaku pada jam 7.30 malam Sabtu lalu, turut menyebabkan empat kenderaan tertimbus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Susulan kejadian itu, seramai 29 penghuni di sembilan rumah teres di Taman Wawasan Puchong diarah berpindah atas faktor keselamatan. – 18 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

PIDM: Building resilience to safeguard your deposits

PIDM protects up to RM250,000 per depositor per member bank and up to RM500,000 for takaful and insurance benefits. For health-related insurance, PIDM protects 100% of your healthcare benefits.

◉ Related